Tadi semasa solat maghrib aku ternampak cicak dalam bilik filing / bilik solat aku. La... mana mai pulak cicak ni. Hari tu lipas kat workstation aku. Tapi cicak nih aku biarkan je la. Aku memang tak pernah menang dengan cicak. Kat rumah aku, dua batang penyapu telah patah. Satu adik pukul lipas, lipas tu tak mati pun. Aku gak yang kena berperang dengan lipas tu menggunakan shelltox. Habis setin walaupun lipas sekor. Satu lagi kakak pukul cicak. Sampai lembik cicak tu dia pukul. Bukan setakat cicak tu lembik, penyapu aku pun patah! Haish...
Ternampak cicak tu, teringat pulak drama aku dengan adik on one of the evenings semasa kami kat Darulaman. Here it goes ;
Adik: Eeewww..yuckkks.. colour dia macam flour
Me: Ya lah, putih lak cicak ni. Can see the internal organs. Eeeee,
yyuckks... nak ambik gambag lah! Ok, ok, dekat sikit. La...dia
tak lari pun. Tak larat kot, sebab badan dia macam gemuk sikit.
Adik: Ye la, ma, colour dia macam flour, putih.
Me: Biasa la, orang Kedah kan putih2. Binatang pun mungkin gak kot!
Adik: Ish, perasan ......
Me: Move... nak ambik gambag dia.
Adik: Eewww, ma, noooo... tak payah la.
Me: Payahhhhh...
Hence this picture. Geli.....and yyucckkks...
Citer cicak ni ada satu lagi, mistik sikit la citer ni. Ala2 misteri nusantara - malam tu after dinner nak balik bilik aku nampak cicak besar. Aku kata kat adik - "adik, cicak tu besar nya!" So aku and adik ran along the corridor sampai almost hujung sebab aku nampak cicak tu jatuh kat hujung. Sampai sana tak dak pulak. Ni kes mistik ni. Tak puas hati - aku cari2 gak. Tapi memang tak dak. We ran back to the room. While adik frantically pushing the key into the key hole, I felt a tap on my shoulder. Pusing belakang tak dak apa2 pun. Aku pushed adik inside and we were both screaming. Screaming pasai apa tak tau lah pulak. Aku citer kat la adik apa aku rasa masa depan pintu tu. Menyesal citer - dia takut sampai aku suruh buat apa2 pun dia tak mau. So the whole night pasang surah Al-Baqarah and Yasin.
Tiada jawapan pun atas apa yang terjadi earlier. Perasaan aku je kot. Aku memang jarang alami peristiwa2 mistik ni. So aku assume is my imagination. Kalau citer kat en. hubby pun gerenti dia akan kata benda yang sama. So tak payah citer... Masuk blog ni pun saja aku nak rekod-kan kenangan aku dengan adik kat Darulaman tu. Adik, the cicak is so putih, right???
No comments:
Post a Comment