Saturday, June 9, 2012

BFF .........


Kakak wrote about me here lihmy.blogspot.com/2012/06/umi-bff.html.  Yes, kakak -  I was touched.  Ni mesti kes tak puas hati sebab kena tinggal sorang-sorang kat Serdang.  You know the reason why kan, dah 40 kali explain - sebab I tak nak feel guilty.

I did not bring her together with me up north because of her finals next week.  Tak sampai hati rasanya tengok nanti dia letih after going back and nak buat the final revision.  Dok la sana diam-diam, study, tenangkan hati dan minda.  Kalau ikut aku kat sini, nanti banyak sangat program yang caca-merba.  Takkan nak tinggal dia kat hotel sorang-sorang kot. Tobat dia tak nak.  Anyway, she must know this walaupun aku dah berkali-kali cakap - I love her so much.  The time we spent together is priceless.  Ok, let me begin some little little things about her.  Lahir 17th November 1990 - masa lahir size kecik je, compared to abang and adik.  Rambut curly, mata sepet.  Masa I was pregnant with her - banyak sangat kot dok marah kat orang-orang Korea and Taiwan yang mai kat office.  Depa meletihkan aku.  Agaknya lah -  sebab tak tau sapa aku nak shift the blame on.  

Her growing up is quite smooth but not la without problem at all.   Remember - mothers are the person who would do anything for the children. Children created the mess - mothers are normally left in that battle field to do the cleaning up.  For me, I did that not only because of me being a mother alone - I did that because I love them all.  In all my limitations, I tried my very best  If in any way I had somehow seen as a failure - I have no regrets.  Because I had done my best - insyaAllah. 

Nak kata kakak ni independent tak juga.  Ingat lagi masa dia dapat matrik kat Kolej Mara Kuala Nerang.  Jauh giler tu.. Aku pi Putrajaya (KPT) buat rayuan nak dekat sikit.  Banyak la prosedurnya - dengag pegawai tu dok explain pun aku dah letih - so aku pujuk dia.  Aku hantag  dengan en. hubby ke KMKN.  First time berpisah kot - dia menangis macam orang nak pi perang.  Mula2 aku tahan tapi dalam kereta on the way, aku menangis bagai nak rak.  Rasa macam nak patah balik pi ambik dia.  Dua minggu macam orang gila (aku ka dia tak tau).  Asal call nangis, asal nangis call le tu!  Aku sampai kata ok lah, kalau dah teruk sangat kena la bawa balik.  Tapi aku pujuk gak hati ni dan juga dia - aku travel up north (KMKN) tiap2 dua minggu kot.  Masuk sebulan dah ok sikit - tapi aku masih travel up and down.  Bangkrap oi!  Jauh tu...  Tapi sayang punya pasal aku berkorban la.  Alhamdulillah she did well.  I was so proud of her.

Habis matrik bermula another lembaran kehidupan dia kat universiti.  Alhamdulillah dapat UPM - dekat sikit.  Kurang sikit masaalah.  Tapi first year boleh kata tiap2 minggu aku pi Serdang ambik dia for the weekend.  Bukan first year je kot - sampai la ni tau.  Ni dah finishing third year going into final year - aku masih turun naik Serdang ambik and hantag dia.  Masaalah aku selesai?  Dak, dak jugak.  Ada satu persatu... aku tau what else coming.  Biag aku simpan dulu.  For now aku doakan dia berjaya, insyaAllah.

Kalau sapa2 rasa aku sayang sapa2 lebih, semua silap.  I loved them all the same.  

Kakak - you will always be my bestest friend - my BFF.  Nanti I write about adik pulak.  Ni dia tengah semonel.  Tadi macam dah ok - tapi ni nampak sedih balik.  Pelik...pelik.  Kita bagi kahwin nak?  Ha, ha, she's going to kill me... Dia  tengah dok buat add maths tu.  Tak leh kacau!  Ok, dia nak tidog, dia suruh urut tangan dia.  Tu la, boyfriend main golf dia pun sebok main.  Kan dah injured!  Gotta go now.  Goodnight.  Love you...






2 comments:

  1. hey...mana ade 40 kali...stop exaggerating things umi...mana blh...saya tak kahwin lagi.....kena tunggu saya dulu...woohooo....sape suruh main golf lagi...tgk kita tak main golf tgn pun tough....hahahahatak yah nak kena urut

    ReplyDelete
  2. cakap 40 kali tu pasal nak habag kata banyak. orang kedah la katakan.... kahwinkan sekali boleh tak? Tak yah susah2. Haish!!

    ReplyDelete