Monday, June 4, 2012

My Sunday...delayed posting ...

Supposedly posted yesterday.  Tapi last night letih sangat - tak larat.  Takut tak terjaga for my early morning prayers and sahur.  So off to sleep before 12.00.

------------------------------------------

Started Sunday on a wrong foot!  Woke up 4 am, kejut adik, she said, "Ma, 4.30 nanti kejut adik".  I should have woken up and not wait for her.  Takkkk...aku dengan bangga dan lupa dirinya ingat yang aku boleh bangun at 4.30 (sebab selalunya boleh). Sementara dok tunggu 4.30 aku sekali lagi dengan bangga dan lupa dirinya telah tertidur.  Sedag2 terdengag suara adik - "Ma, dah 5.30 dah!".  Sepantas cahayanya aku bangun, tapi sempat lagi ber-debate dengan adik.  Kakak yang tidor between us sempat lagi bersuara - "ye, she kejut you at 4.00 tadi".  Tak sempat tahajjud - aku cuma mandi, berwudhu and solat taubat (kena la taubat - sebab lupa diri tadi).  Then terus subuh.  Still dapat lakukan semua yang menjadi kebiasaan - zikir and baca quran.  Aku selalukan tekankan pada anak-anak - jangan tinggal baca quran sebab baca quran dengan betul, insyaAllah can stimulate your brain cells.  Tapi kenalah istiqamah.  Apapun, alhamdulillah tak lah rasa bad sangat pagi aku ni.  It could have been worst kalau terbangun at 6.30!  Pernah gak macam tu... Rasa tak tenang satu hari suntuk - semua buat rasa tak kena.

banyak kan?  
Lepas the normal routine - aku turun buat laundry (banyaknye... mana mai baju2 ni).  Haish!! rasanya washing machine aku pun dah mengucap berkali2 dah, dia pun letih!  

Jengok peti ais ingat nak buat breakfast, tapi tak jadi sebab nak ajak the girls pi ziarah kubur my aunt.  Aunty aku (eh, actually aunty en. hubby) dah almost 2 years meninggal.  So far, aku and the girls pergi ziarah kubur arwah almost every Sunday, cuma missed it whenever aku tak cukup quorum. We missed it last Sunday though - kakak tak balik, adik pergi OU kot.  So, di pagi Sunday yang sungguh damai (lebih kurang pukul 7.35 am) aku telah mengajak my two bestest companion pergi kubur and then breakfast kat KJ.  En. hubby as usual tak ikut, so kami tapau food for him je.  Nothing new for me...

11.30 aku kena hantar adik and kakak sebab dia orang nak ber-rendevous kat KLCC.  Dia orang tak  ajak aku pun.  Kalau ajak pun, aku tak mau sebab aku kerja kat KLCC - I spent three-quarter of my day everyday at KLCC.  So aku tak la impress or excited kalau orang ajak nak ber-weekend kat sana.  Dah naik bosan, aku cuma tunggu nak pencen je.  Panjang lak citer - for the record - dia orang tak ajak aku pun.  So tak payah nak over2 citer pasal betapa bosannya KLCC.  

Aku ada date dengan mak mertua aku nak pergi Subang Parade.  Dia nak beli present kat aku (dia dah tau dah apa nak beli, cuma nak suruh aku pilih design yang aku nak).  Ha, ha... sayang kan mak mertua aku kat aku?  (Rasanya tak payah perasan kot - she bought for all the girls in the family - aku je yang free dan tak de life so kena ikut dia pi pilih design).  My FIL yang drive kereta - yang paling menyedihkan air-cond kereta dia rosak.  Panas giler dalam kereta.  Dia tak bagi bukak tingkap sebab panas outside katanya.  ??? Weird.   Sampai sana terus beli the things that MIL wanted to buy (silver plated gelang with white gold - aku pilih design untuk diri aku).  Then pi lunch dengan my FIL's brother and his family kat restoran Sari Ratu makan nasi padang.  Aku ni bukan a nasi person  - so anything goes.  Lepas berfamily affair bagai - kami singgah buat light grocery shopping.  Light sepatutnya - tapi aku lupa diri lagi - aku beli 2 packs whiskes untuk Fatso (for the record - kakak has been back 3 days - tapi Fatso tak mandi lagi), 4 kotak full cream milk (1 utk aku, 3 utk abang), 2 refill packs detergent and few other things.  Lepas beli  semua baru aku realized yang aku sorang diri (my two bestest companion tak de).  Haish! tak buleh jadi ni, camna nak bawak.  Terpaksa suruh FIL aku bawak plastik2 tu.  He said something like "banyaknye"!.  Ni salah satu kes lupa diri yang selalu terjadi pada aku.  Kena istighfar banyak2 lagi ni...


7.17 pm - alone at home.  Macam ni la rasanya bila semua anak2 dah tak de nanti.  En. hubby kat golf tak balik lagi.  Dia solat kat luar and nak jumpa some friends lepas tu.  Nothing new... The girls  pulak on the way home bila aku text baru sat.  Bahagia sungguh depa!  Aku?  Tak yah la nak citer - Allah je yang tau hati aku.  Will sambung later - aku nak get ready for maghrib.  

The girls came back.  While waiting for Isyak - we exchanged stories for the day.  Kakak banyak la cakap.  SomeOne senyap je.  Bila aku tanya soalan2 sensitif, oppps...tiba2 dia sedih.  Haish!  budak ni... nak berpisah sat je tu kot!!.  Boyfriend will be away for some golf outing and balik kampung.  Macam la tak jumpa dah.  Bila tengok kesian la pulak - so tak leh la nak berleter.  Adik, now you know how it is like loving and then missing someone.  It is difficult to manage the feelings if you are not strong.  Who says it is easy?  Told you so.  Then again, always remember this, when you love someone and knowing that it is a true love - distance only matters to mind - not to the heart.  Goodbyes will only be painful if you'll never say hello again.  Irfan - this same advice goes to you if you are reading this.  Adik, I want you to be happy - me and kakak will always be here for you for as long as you need us.  So cheer up.  Pergi solat isyak - zikir banyak-banyak and tenangkan hati.  Kesian punya pasal aku and kakak decided to give her a sweet surprise.  It was sweet indeed for her.  Irfan?

Adik, remember this - solat, zikir yang akan memelihara kita dari segala bisikan dan hasutan.  Allah akan memelihara kita sentiasa kalau kita tidak lalai dari mengingatiNya.  You have been the best - stay true to yourself.  Irfan - ingat ni jugak.


I am writing all these on the blog (truly - it is not easy for me - especially so they are my children) for all of them to remember.  I love them all.  Adik selalu kata aku sayang kat Irfan lebih and always sided him.  Dia nak tau kenapa.  Adik, you know why.  Tak yah tanya.   Kakak pun rasa sama sebab all these years aku selalu sided Amir and sayang kat Amir lebih.   You all tak payah tahu pun sebenarnya.  Apapun, for the record, this is a last Sunday I am in my forties..... Tuesday, 5th June 2012, insyaAllah, kalau masih diberi peluang oleh Allah,  I will be 50.  Nanti aku fikirkan apa aku nak tulis untuk diri aku sendiri.... 

Itulah Sunday ku, bukan setakat penat badan - minda lagi keletihan.

No comments:

Post a Comment