Monday, June 25, 2012

It's a Monday....again

Assalamualaikum wbt.  Syukur alhamdulillah for another day of our life...

Wow, time flies so fast... Pejam-celik, pejam-celik dah masuk another cycle of Monday.  Aku naik ke office tadi pukul 7.56 am sebab kena singgah kat Level 26  (PCSB)  hantar kakak nak report for practical training.  Mengada-ngada pulak suruh tunggu.  Nasib baik juga kawan aku kat level tu offer nak bawak kakak tunggu in her room.  Thanks, Jun.

Awal pagi tadi bangun sepertimana biasa dan did all the normals.  Aku kejut adik lewat sikit dari biasa - almost 5.  Tu pun sebab aku teringat dia kena jadi alarm clock someone.  Went down to have my soq (sahur) at around 5 sebab aku berniat nak puasa hari ni, insyaAllah.   Today is hari cuti untuk sekolah adik sebab yesterday ada event so tak lah dia rush sangat macam selalu.  Aku tengok dia a little bit tired, the reason why aku kejut dia lewat sikit.  Aku pun tired sebenarnya - two full days.  Saturday, her culinary competition day - took almost 1/2 of my day.  Sunday, pagi-pagi hantar adik ke sekolah sebab ada event  - tunggu dia habis - balik tukar baju then we went for kenduri at cousin's place in Shah Alam and later visited en. hubby's uncle who was diagnosed with liver cancer - stage 4.  Syukur alhamdulillah, dapat melawat dia.  Week days susah sangat, by the time aku balik dah malam.  Takkan malam2 nak visit orang sakit. For the past week, aku memang rasa guilty sangat-sangat sebab tak dapat visit.  Aku dari dulu lagi, sejak mula2 kenal en. hubby memang close dengan this uncle's family.  Anak2 dia kecik2 lagi masa tu.  Now semua dah berkeluarga.  Yes, how time flies....  Sakit dan kematian akan terus mengingatkan betapa kerdilnya kita, betapa tidak berupayanya kita berbanding apa yang telah tertulis.  La-haula wala quwwata-illa-billah...Apapun, aku doakan yang terbaik untuk uncle Agus.  Mudah-mudahan Allah permudahkan apa jua yang telah ditetapkan untuknya.

Ok, today banyak kerja yang perlukan peace of mind sebab ada figures and calculations.  Semua kena check betui2.  Will start in a while.  Tadi ingat nak bawak my new galaxy note (hadiah birthday) ke office. Tapi sayang kat anak punya pasal, aku tinggalkan kat adik.  Lagipun dia guna since yesterday.  Somebody misses someone real bad  .......  Aku and kakak layan la jugak dia bila2 dia sedih.  We made jokes and aku bagi advice.  Agaknya young ones in love macam ni lah kot.  Aku dulu-dulu?  Haishhhh...takut nak bernostalgia nih.  Someone took the challenge - let's see dia berani ke tidak.  Actually this challenge started sebab adik said something last Saturday.  Dia mesti tak ingat apa dia kata sebab masa tu she was so absorbed talking about her love life.  


Dah, dah, aku nak start kerja.  Dah lambat.   Another long day at work....


enough to cheer up someone's life today

amir - tengok ni gf awak malas - baru nak sort out her documents! 


"If you miss someone, that means you are lucky.  it means you had someone special in your life, someone worth missing"


No comments:

Post a Comment