Friday, June 15, 2012

Aku masuk opis lewat pagi tadi  - 7.48 baru sampai kat workstation.  Nak naik dari lobby ke L80 ni leceh la sikit, naik shuttle lift sampai L41, then take another lift up to L80.  Hari dah terang benderang bila aku sampai kat office.  Tapi.... aku masih tetap nombor satu tiba kat floor aku.  Aku masih pegang track record sebagai orang terawal sampai opis.  Floor aku tak ramai pun, cuma 10 orang je - kuli-kuli campur big bosses.  Dah tu namapun Executive Floor.  Dah dekat 10 tahun dah aku dok kat floor ni!  Aku rasa hebat dok sini?  Tak lah, ni semua cuma hak dunia.  Kemudahan dan kesenangan ni semua pinjaman.    Tapi berbaloi dak kesenangan ni berbanding dengan stress dan letih jasad dan minda tiap-tiap hari?  Haish! jangan complain.  Allah dah bagi kesenangan dan bagi punca rezeki.  Baru pagi tadi dok bertazkirah bagai pasai bersyukur.  Astaghfirullah ...

Hahh...sebok la sangat hari ni.  Major tasks, minor tasks semua dah bercampur aduk.  Top management salary for June minggu depan je aku buat.  Yang tu tak boleh buat masa tengah buat kerja2 lain.  Kerja tu kena concentrate.  Gaji orang besar2 kottt... Kalau meja tengah semak dengan segala-mala mak nenek, jangan cari pasal.  Dealing with figures (big figures!!) needed a clear mind and a clear desk.  Tu experience aku setelah lebih 8 tahun dok buat hal2 gaji ni.

Ye...kita tok sah cakap hal opis dah.  Same stuff, different day je.  Kelam kabut yang sama setiap hari.  Ada orang kena marah dengan aku pagi tadi.  Susah orang yang rasa dia semua betul.  Dah, dah, fullstop.. tak mau cakap dah, satgi aku stress.

Hati aku rasa macam serba tak kena sejak semalam.  Ada sesuatu yang actually bothers me.  So tadi aku call mak - borak kosong je sebenarnya.  I did not tell her my feelings pun, just not to make her worry.  I do not need to share with her my sadness.  I just need to hear her voice and by just talking to her, she made  all my worries, my sadness and my fears vanished.  Weird kan?  Tapi tu lah kuasa seorang mak.  Walaupun dalam serba kekurangan, mak tetap bagi aku kekuatan.  Tiap2 hari aku akan make sure aku call mak.   Walaupun ada kala aku call, dia bad mood dan aku kena marah.  Kalau tak call, memang aku rasa tak sedap hati.  Pelik la kan, dah tua2 macam ni pun aku perlukan mak.  Tak tau macam mana kalau mak dah tak ada nanti. Mothers adalah penawar bagi segala-mala kesusahan dan kesakitan yang anak-anak alami.  Orang puteh kata the best medicine.  Mothers akan berkorban segala2 untuk anak2 - especially their personal happiness.    Aku harap aku telah lakukan yang terbaik untuk anak2 aku.  Selalunya dia orang akan datang pada aku dalam segala hal, dengan segala masaalah - aku cuma kena tahan telinga dengar sama ada suka ataupun tak.  Aku kena cari jalan penyelesaian untuk semua masalah.  Tapi itu lah tugas aku sebagai mak.  Tugas yang tak akan pernah selesai.  Selewat manapun aku balik dari office, dan seletih manapun aku, I made sure I am there for them. Anak-anak tak pernah lupakan aku dalam apa jua keadaan (yang banyaknya bila susah la kot).  Apapun, aku puas tengok anak-anak aku happy.  Irfan, if you are reading this - you asked me the two reasons why you should be feeling great today - I am putting this on record via this blog for you to remember.  One is because your mum is here.  Mothers are the best medicine to all children's pain and sadness.  And two is because you have the most wonderful girlfriend (kena puji dia sikit).  About mothers you can ask your girlfriend.  She's with me 24/7 so she can give you advice as good as I can give!  Jangan deny.  Talking about your gf - that reminds me - I promised her to go makan roti mumtaz later.  I have to keep my promise.

Ok, aku pergi buat some final work which will take me away from my desk for quite a while.  Happy weekend and may Allah bless us all.... 

Ada org seronok sebab last day of the week.  Kakak and Fatso?  Tidog la, apa lagi... 

"Being a mother means you are never alone in your thoughts - you will have to think twice, once for yourself and once for your children"



No comments:

Post a Comment