2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat keje. Nafkah zahir
boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada
kenderaan: moto kapcai dah cantek. Honda EX5 orait sangat la tu dengan 2
helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA.
Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik
setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi
wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh
baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’”
sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis
lurus, baik, hati baik, tak menipu. Tak delah sampai menipu kata nak pergi
Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia
paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh
masuk.
8. Gedik
joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun
gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok,
“Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang tau..”
10.
Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang
belajar PhD.
11.
Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia
lain. Kalau dia banyak bercakap pun tak delah sampai dia mengata-ngata orang
lain.
12.
Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali
sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
13.
Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus
ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah
ada di antara orang-orang kampung.
14.
Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan
tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15.
Jenis senyum sokmo.
16. Tak
tengok sangat awek cun, duk tengok bini dia je walaupun bini dia tak cun. (Tak
cun tak pe, boleh tutup lampu)
#UstazAzharIdrus
No comments:
Post a Comment