Monday, July 9, 2012

Cerita Sunday....

Syukur alhamdulillah for another day of our life.  Pada yang berpuasa sunat hari Isnin - selamat berpuasa.  Me and the girls, insyaAllah.  Aku paksa adik makan cereal and milk, takut nanti dia letih.  Kakak ok je with minum air.  I had my normal oats and air zamzam.  Pagi ni macam pelik sikit - aku rasa sungguh mengantuk!  Sangat-sangat.  Agaknya penat hujung minggu kot.  Anyway, a full Sunday yesterday - pagi keluar pi melawat kubur my aunty, then pi breakfast - tengahari after zohor fetch Irfan hantar ke bus station.  Dia  pi Kuantan - joining his teammates for Sukma games.  Orang lain dah pi, dia baru nak pi sebab ada golf game kat KL.  Despite the ins and outs - kakak busy kemas bilik.  Dia kemas dia bilik je and also tempat buku - aku yang buat semua around the house pun boleh siap dulu.  I managed to do the living hall, the kitchen, my room and doing all laundry.  Dia masih belum siap.  Kalau the reason is because  kami kena keluar, itu memang tak betul.  Sebab  sebenar adalah - terlalu banyak rubbish dalam bilik dia orang.  Taktik mengemas tu pun dah salah sebenarnya - sapa suruh keluarkan semua longgok atas katil.  Tapi aku biarkan je.  Kemas la sendiri.  Masa tunggu nak masuk zohor - aku telah panjat in between all the "rubbish" and baring, siap terlelap lagi!  Trauma sungguh aku tengok.  Bagi engineer mengemas macam tu lah.  Tapi kena bagi kredit jugak - at least dia sungguh bermotivasi nak mengemas.  And later  serah some parts to adik to help.  Aku kata kat adik - "I tau you tengah angau, tapi do something meaningful and take your mind off him for a while!".  Hmmm...that doesn't help.  Sambil tolong kakak sambil dok ber-texting.  The conversations, the usik-usik and kutuk-kutuk parts we had during sessi mengemas tu was fun.  Lively jugak despite of adik's "I miss him so much" look.  


After solat maghrib we drove out to beli dinner.  Opps... actually earlier part of the day, I told the girls - "malam ni kita masak pasta, tomato base pasta".  They all ok je.  Masa tu I was 98% sure aku nak masak dinner.  Sampai petang dah tinggal 2% je.  Last2 kami decide pi beli chicken kat McD.  Mula-mula we drove to McD SD - panjangnya queue.  Malas nak tunggu, then off we went to KD.   Sama gak panjang queuenya - we decided to order kat dalam je, cepat sikit.  Memang cepat pun.    Pssttss...ada orang snap pic McD sebab katanya ada kenangan dia kat situ.  Bukan ke sebelum tu dia ambik gambar PappaRich jugak!  Haishh...

Pagi tadi aku jengok dalam bilik dia orang, nak tengok perubahan.  Hmmm.....nevermind. Tak leh tulis, marah dia orang kat aku nanti.  Tak apa, aku bagi chance sampai this weekend...  Meanwhile good luck, Irfan for the Sukma golf game.  You are doing what you loved most - so enjoy it, ok.  Mummy doakan awak.

"Cherish all those precious moments, because someday they will be all that you have"

3 comments: