Wednesday, July 4, 2012

Today.....

Woke up with pains all over.  Memang aku demam. Did the normal routines - mana yang sempat saja sebab dah lewat.  Aku jarang demam, kalau kena memang akan berlarutan berhari-hari.  Last night adik offered to massage.  So sweet of her.  Tapi aku tak nak lah.  Dia pun nak bangun awal.    Kesian kat dia.  Aku jarang menyusahkan anak-anak selagi aku boleh tahan, insyaAllah.  Sakit ni pun dari Allah - syukur alhamdulillah.  Ni semua peringatan yang kehidupan ni pun dah hampir ke penghujung. 

Adik sekolah hari ni.  So our routine macam biasa.  Solat subuh, kejut en. hubby, getting ready, check Fatso's food and litter box, ambik breakfast, kemas sikit dalam rumah apa2 yang patut.  By 6.40 latest kena keluar, takut adik lambat.  For the record, Fatso keluar rumah tiap2 malam and balik pagi bila kami bangun, so daytime dia akan ada dalam rumah sehingga kami balik.  Kami pun dah tak kisah. Malam2 sapa nak curi dia! 

In the office at 7.30.  Did semua kerja-kerja yang aku biasa buat - then masuk bilik solat.  Aku tertidur kejap lepas tu.  Weird dreams but it was so real!  Those people in my dreams were real.  Aku paksa diri bangun - istighfar banyak-banyak, then by 8.10 am aku dah start work.  Bermulalah routines yang sama.  Big boss travelling to China esok for a week.  Nak kata boleh rest sikit, tak juga.  I have another boss to report to on other areas of work.  Demam-demam ni tak payah lah complain banyak-banyak pasal kerja lah.  Nanti jadi demoralised pulak.  Tadi met my friend kat pantry, we were talking about the same thing.  Tipu kata kami tak kisah - sedikit sebanyak terasa jugak.  Work load, work expectation, time spent - rasanya tak berbaloi.  Terkilan jugak bila all these sacrifices not being appreciated.  It is as good as telling us - you are lucky you have a job.  Mengenangkan semua ni dah amanah Allah, pujuk hati lah jugak.  Tak pa lah, RN, kita anggap setakat ni rezeki kita  yang Allah dah bagi.  Cakap banyak-banyak pun bukan ada orang nak dengar.  Lebih baik kita mengadu pada Allah.  Ok, rasa sejuk sikit ... walaupun masih demam! 

Bila demam aku rasa pelik sebab aku jadi emotional.  Rasa macam tak disayangi.  Pelik, pelik...kalau aku cakap macam ni kat en. hubby mesti panjang leteran dia.  Pagi tadi dia dah kata, kalau badan tak sihat pi la klinik.  Haishh...aku ni pun satu, betul la, kalau tak sihat pi klinik, bukan dok mengadu sana sini.   Dah, dah... pi buat kerja - jangan jadi emotional.  Jangan ikut rasa, sakit ni kena lawan.  Kalau ikut rasa, binasa....

Yea...cepat masa berlalu.  Setengah minggu dah pun.  Hopefully by weekend, demam aku dah ok and my energy come back walaupun half of it.  

P/S  Irfan, if you are reading this, congratulations for today's score!  Play to your best tomorrow and keep your focus.  You have the 'best' support and a 'wonderful' supporter.  


"Each day is a new canvas to paint upon.   Make sure your picture is full of life and happiness, and at the end of the day you don't look at it and wish you had painted something different."

3 comments: