Friday, January 6, 2012

Birthdays...

Syazlina with her three boys... Nafiz, Irsyad and Ihsan

WISH FOR A BLESSED BIRTHDAY.....


Soffeya .... sweet princess
Soffeya's favourite ...

Syazlina Hasbullah, the youngest of our 9 siblings - born 4th January 1980.  Selamat hari lahir - manfaatkan segala kurniaan Allah swt sebaik2nya.  As one of your big sis, I wish you a blessed life with your loved ones.  Treasure each and every precious moments.  Make the best of all - pleasant and unpleasant ones inclusive!.

Soffeya - 4 years old today. Will get you your favourite - Hello Kitty cafe miniature.  Moga terus membesar menjadi anak yang baik, anak yang solehah...insyaAllah.  Happy birthday, sweetie...

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Lagu Maal Hijrah - Al-Ajiba

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah itu membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

*************************^^^^^^^^^^*************************

Marilah kita sama-sama menghayati pengertian hijrah.  Mudah-mudahan kita dapat menempuh tahun baru 1433H dengan kekuatan iman dan penuh ketakwaan untuk berhijrah kepada yang lebih baik dari sebelumnya.  To all my sisters, Seha, Haiza, Nana, Syaros, Imi & Ina - semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah swt dan mudah-mudahan kasih sayang kita berkekalan hingga akhir hayat.  Maaf zahir dan batin.  

Salam Maal Hijrah and salam sayang  to all.

"Tidaklah seseorang mukmin itu melainkan ia menjadi lebih baik dari sebelumnya"

Friday, November 25, 2011

Today is a gift ......

With so many things in mind and I wish I could gather and pen down all these thoughts into writings.., but words fail. Nothing came out and finally I decided to just share this inspirational thought/words which I received daily in my mail.  Enjoy the long weekend and have a good rest. I will, InsyaAllah.

Sharing the journey we call Life ............

Today is your day to Spread Wing and Soar.
Fly Life on Free Wings and Sing to its Glory.
-  Jonathan Lockwood Huie -


Yesterday is history,
tomorrow is a mystery.
Today is a gift.
That is why it is called Present.
- Anonymous

Yesterday is ashes.
Tomorrow is green wood.
Only today does the fire burn brightly.
- Eskimo Saying

Capture a shadow,
dance with the wind,
stand in a rainbow,
begin at the end.
- Mary Anne Radmacher

Source:       www.DreamThisDay.com

Wednesday, November 23, 2011

Tazkirah: ....mengatasi hati yang masih belum tenang ......


The article below was forwarded to me thru' email a few days back.  Not mentioned  the origin but I thought this is worth sharing.  To the original writer of this 'tazkirah' - semoga Allah swt sentiasa memberkati kehidupan anda.  Read on dan semoga kita semua mendapat sedikit sebanyak ketenangan yang diimpikan...


***************^^^^^^*****************

Mengapa hati masih belum tenang, walaupun setelah berzikir, solat atau berdoa?  Sedangkan Allah telah  menetapkan dalam Al Quran bahawa dengan mengingati Allah,  hati akan menjadi tenang? Khususnya ketika menghadapi ujian, krisis dan kesusahan,  mengapa hati  kita  masih  resah,  kacau  dan  galau  walaupun  sudah berbuih mulut meluahkan  kalimah-kalimah zikir? 

Mengapa  kita  belum  mendapat  ketenangan  sepertimana  yang dimiliki oleh pasangan  Saydina Ali dan Siti Fatimah walaupun kita telah berzikir dengan kalimah Subhanallah,  Alhamdulillah  dan Allahu-Akbar, sama seperti yang pernah  diamalkan  oleh  mereka?  Apa  yang  tidak  kena dengan zikir kita? Bukankah kalimahnya sama? Bukankah jumlah atau bilangannya juga sama?

Tidak  syak  lagi  kita  tidak  dapat  menghayati  maksud tersirat daripada kalimah-kalimah  zikir  itu.  Berzikir tanpa menghayati falsafah dan makna tersirat  di  sebaliknya,  umpama  burung kakak tua yang pandai bertutur. Untuk menghayati makna zikir sehingga meresap ke dalam hati, kita perlukan ilmu, amalan dan latihan. 

Marilah kita sama-sama kita fahami apakah kesan atau rasa-rasa yang  perlu  dirasai  oleh  hati  apabila kita mengingati Allah (berzikir).

Antara rasa-rasa itu ialah:

Rasa kehambaan

Rasa  kehambaan  ialah  rasa  miskin,  jahil,  lemah,  bersalah,  hina  dan lain-lain  sifat  kekurangan  seorang manusia apabila berdepan dengan ujian daripada Tuhannya. Apabila diuji dengan karenah pasangan, kekurangan harta, anak-anak  sakit  dan  sebagainya,  seseorang yang memiliki rasa  kehambaan  akan  sedar  bahawa  hakikatnya semua  itu  datang daripada Allah. 

Firman Allah swt:  “Tidak sekali-kali  akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu)  maka  kepada Allah jualah  hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”

Bila  menyedari hakikat itu, seseorang akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Hatinya berbisik, “bukankah aku seorang hamba? Aku sewajarnya akur  dengan  apa  yang  berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku diuji begini.  “Hatinya  tidak  akan  berkata,  “kenapa aku, bukan orang lain?”

Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang.  Sebaliknya jika kita ‘memberontak’, hati akan bertambah kacau. Lepaskan segala rasa dan pasrahlah kepada Allah.

Apakah  tanda-tanda  kita  memberontak  apabila  diuji?  Kata  Imam Ghazali rahimahullah,  “cukuplah  seseorang  hamba  dikatakan  sudah  ‘memberontak’ kepada  Tuhannya  apabila  dia  menukar  kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila  diuji  Allah  dengan  sesuatu  yang  tidak  disukainya!”  Misalnya, seseorang  itu  tidak  mahu lagi untuk makan dan minum secara  teratur,  tidak  menyisir  rambut,  tidak  berpakaian  kemas, mengabaikan rumahtangga dan membiarkan anak-anak tidak terjaga.

Marilah  sama-sama  kita  ingat,  apabila  ditimpa ujian, kita diajar untuk mengucapkan  kalimah istirja’, “Inna lillah wa inna ilaihi raji’un.” 

Firman Allah swt:  “Iaitu   orang-orang   yang   apabila   ditimpa   musibah,  mereka  berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami  kembali.  (Surah al-Baqarah 2:156).”

Kalimah ini mengingatkan kita agar kembali merasakan erti kehambaan. Bahawa kita  adalah milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti  diuji  kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.  Dengan ini kita  akan  dapat  memadamkan  rasa  marah kepada orang-orang sekeliling, sama ada pasangan, anak-anak, mertua atau sesiapa sahaja anggota keluarga kita. Ya, mereka berbuat demikian atas izin Allah jua!

Rasa bertuhan

Rasa kehambaan yang serba lemah itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Apabila kita rasa lemah, timbul pergantungan kepada yang Maha Kuat. Apabila kita rasa kurang,  timbul  pengharapan kepada yang Maha Sempurna. Apabila kita dihimpit kesedihan semakin kuat  rasa pergantungan, pengharapan, permintaan kita kepada Allah.  Mungkin selama ini kita terlalu bergantung kepada suami, isteri, anak-anak atau orang sekeliling.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina dan lemah, rasa bertuhan akan menimbulkan rasa sabar, tenang dan berani menghadapi apa jua masalah. Seseorang yang paling kuat menghadapi ujian dalam  hidup  ialah seseorang yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantu. Firman Allah swt: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. (Surah Taubah 9:40)”

Rasa bertuhan menyebabkan seseorang itu mampu menghadapi ujian yang paling kritikal dalam kehidupan. Doa adalah senjata, manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.  Firman Allah swt: “Dan pintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat. (Surah al-Baqarah 2: 45)”

Dalam apa jua keadaan  – positif mahupun negatif, hati tetap tenang.  Firman Allah swt:  “Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam  hati  orang  yang  beriman, supaya  keimanan mereka makin bertambah daripada  keimanan yang telah ada.  Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah al-Fath 48:4)”

Apabila hati tenang, berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui  sabda baginda dari Sa’ad bin Abi Waqqas: “Aku hairan dengan orang beriman, sekiranya dia mendapat kebaikan, maka dia akan memuji Allah  dan  bersyukur,  dan  sekiranya dia mendapat musibah dia akan memuji Allah  dan  bersabar.  Dan  setiap  mukmin diganjari dalam setiap urusannya sehinggalah  diberi  pahala  pada setiap suapan makan yang diangkat ke mulut isterinya.”

Memahami maksud takdir Allah

Mana mungkin kita dapat mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We cannot direct the wind but we can adjust our sail  –  kita  tidak  mampu  mengawal  arah  tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi  dalam  kehidupan  kita  ialah hati. Hati yang bersifat berbolak-balik (terutamanya  apabila diuji) hanya akan tenang apabila kita meyakini  sifat kasih sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya tetap bersama kita  sewaktu  diuji. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah  bermaksud  baik  sekalipun  kelihatan buruk. Walaupun kekadang kita belum nampak kebaikannya, percayalah kebaikannya pasti ada.

Tidak salah untuk  kita  menyelesaikan  masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut  untuk  berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan,  bersangka  baiklah  kepada  Allah,  berdasarkan  firman-Nya: “Boleh  jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi  kamu  suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al Baqarah 2: 216)”  

Bersangka baik dengan Allah adalah cara untuk kita mendapat  pahala  sabar. Begitu juga kalau ditakdirkan kita kesempitan belanja,  maka  berusahalah untuk menambah pendapatan, kerana itulah maksud Allah  mentakdirkan  begitu.   Ya,  dalam  apa  jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Dengan ini kita tidak akan merungut, stress dan tertekan. Hayatilah kata-kata yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, ingatlah  bahawa  Allah-lah  yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Peliharalah kehidupan  kita dengan sebaik-baiknya.  Jika badai melanda, ingatlah itu sudah termaktub  (tertulis).  Jangan  rosakkan hati kita dengan kalimah “kalau” atau “jika”.  Hayati  sabda  Rasulullah  SAW :  “Oleh  itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh  berusaha  memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta  pertolongan  kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau  berkata: “Kalau aku lakukan sekian-sekian, tentulah akan terjadi sekian-sekian", tetapi  katakanlah:  “Allah  telah  takdirkan dan  apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya, Dia lakukan,’  oleh kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.” (Hadis riwayat Muslim)

Mendapat hikmah apabila diuji

Hikmah adalah suatu kebijaksanaan mendapat kebaikan di sebalik satu keburukan.  Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian.  Hikmah  hanya dapat ditempa oleh mehnah – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.  Daripada Abd al-Rahman bin Azhar bahawa Rasulullah  SAW  bersabda:  “Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa sakit atau  demam, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja.”

Jika  tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur,  reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujianlah seseorang itu dapat meraih sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah.  

Pendek kata, bagi seseorang yang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Justeru, hayatilah  kata-kata hikmah ini: “Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam  kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”

Inilah empat rasa  yang  sewajarnya ada ketika kita berzikir sewaktu mengharungi ujian dan kesempitan dalam kehidupan. Bawalah hati kita berehat .......dan rehat sebenar ada di dalam zikir. Dan zikir yang paling besar adalah solat.  Oleh  kerana itulah Rasulullah SAW sering menyuruh Bilal supaya azan dengan katanya yang membujuk, “rehatkan kami dengan solat wahai Bilal!”

*************^^^^^^^^^^^***************

Mudah-mudahan kita dapat membujuk dan merehatkan hati dan menjadikan diri kita terbaik disisiNya.  InsyaAllah.

Thursday, November 17, 2011

Lyana Inessa Azril ...



2 year-old Inessa
Engineer in the making... InsyaAllah
'sweet' as always... cuma tak sweet bila naik angin!
Inessa  adik (who is way much taller than her)! 


Siannn....Amir  
Inessa dearest, happy 21st birthday.  Not wanting to write mushy-mushy stuff coz you are not the mushy-mushy type - wishing you the best in everything you dream for.  Thank you for being the best - the best daughter, my bestest friend and 'partner-in-crime'.  Kesian, adik.  She always said I love you more, but I told her, love you both equally.  Opps... lupa... and abang too.  But this wishes is specially for you - so let me just tell you - I love you, my dear.  May Allah bless you with the best always... 


With gratitude, all life appears as a blessing - 
without gratitude, all of life is perceived as a burden.

- Jonathan Lockwood Huie



Tuesday, November 8, 2011

Edrie ~~~



Edrie dearest, already late ... I need to go to sleep.  Your beloved girlfried, Marissa is still wide awake, waiting for me to 'garu' her.  But I need to publish your birthday wishes and hope this is special enough for you.

Edrie, wishing you a most wonderful birthday ever.  May Allah bless you with the very best always, showering you with success and happiness ~ dunia & akhirat.  May all your wishes come through ... Remember, I will always be here for you.  

Happy 15th birthday, my dear...



Monday, October 24, 2011

Sunday rendevous ....

Was driving back from Nilai yesterday and planning to stop by at Bdr Kinrara to meet up with my sis  and more importantly to solat asar.  From highway, macam terror drive masuk ikut Puchong.  Masih rasa terror, masuk Puchong Perdana.  Dok cari-cari - mana jalan nak ke BK.  Tak jumpa langsung sign-board.  Pusing punya pusing, jam dah almost 6.30 pm.  Thinking that we definitely cannot be in BK in time for asar - we stopped by at a mosque in PP - Masjid AsSalam.  Cantik sungguh sekeliling masjid.  Ada a big tasik, tempat orang jogging sekeliling.  Dalam masjid itself pun cantik.  Tempat wuduk, tempat solat yang selesa.  Dari ruang solat muslimat, nampak scenery yang sungguh menakjubkan, especially that time, matahari hampir terbenam.  Subhanallah...

Lepas solat made our way out, nak balik DD.  Tak jadi singgah BK, sebab tak nak kacau my sis at a wrong time.  Singgah time2 maghrib rumah orang ni rasanya tak la beretika sangat!  Nak ajak tea pun dah lepas tea-time.  Anyway, driving out of Puchong, sekali lagi tersilap jalan.  Masuk ikut Subang, jem giler depan Summit Subang.  At each traffic light  - punya la lama.  Should have waited dekat masjid tadi, senang solat maghrib sekali.  Tapi tak... ingat terror, boleh sampai rumah without a glitch.  Ha, ha, I was definitely proven wrong.  Tak tau kenapa - lately ni selalu tersalah dan tersesat jalan.  Macam baru duduk PJ pulak.  Ishh... bahaya ni.  It must be the age!  Scary...

Lastly sampai DD around 7.40 pm - alhamdulillah.  Ada hati lagi, singgah kedai runcit - beli air botol and daun sup/daun bawang sebab nak kena prepare dinner.  Sepantas cahaya...rushed home.  Selesai solat maghrib, ada 15 mins before isya'.  Lepas isya' turun prepare dinner. Just a simple dinner - roti lapis daging.

Letih sungguh rasanya - kaki macam nak putus.  Rasa macam nak berlunjuq the whole night!  Driving non-stop - daripada tengahari sebenarnya.  Followed my in-laws visiting an aunt in Taman Cahaya SPK.  Around Monterez area.  Shhh.... nak sampai ke situ pun sesat gak.  Was there till almost 2.30 pm.  Lepas solat zohor - we drove off to Nilai.  So, cerita-cerita selepas Nilai tu sepertimana di atas lah.

Pictures taken from ruang solat muslimat Masjid AsSalam, Puchong Perdana.  Cantik pemandangannya... Subhanallah..