Kenangan - ni gambar ketupat yang aku dan adik aku, Imi buat masa raya last year. Tahun ni kita buat lagi k. |
Non do-hey : mana mai perkataan do-hey tu, tak tau
Non beliak : tak tau pasai apa. mata beliak kot
Non kain batik : dia suka pakai kain batik
Non kepala batu : bapa saudara aku - kepala batu sungguh dia. cengei gila
'Ad lewat : jugak bapa saudara aku - driver bas - selalu lewat pi gheja
Yop sayog : mana mai sayog tak tau - tak ingat
Yop kidai : suku sakat man kidal kot!
Chain budu : kawan arwah ayah. suka makan budu kot
Chain salam: adik beradik chain budu
Lah katun : kami beli gas memasak kat dia. pendek macam katun
Bakaq chueih : jangan tanya, tak tau mana mai perkataan chueih tu
'Eyy junah : nama ismail kot.
Awang lidaih : hmm... tak gheti nak explain
Japaq kabu : badan dia bulat gebu macam kekabu kot. dia ni bapak non do-hey
Awang benggali : bapa dia benggali juai roti
Yah bagog : "bagog" tu maknanya badan besag. yah tu nama dia la.
Yah bagog : "bagog" tu maknanya badan besag. yah tu nama dia la.
Pak Aq : nama dia ishak kot. minat kat aku dulu (aku rasa la). hmmm...seb baik. kalo kawen ngan dia, la ni dok kg. ok gak tu, buleh jaga ghumah mak aku pasai adik2 aku semua dok kl. adik2 ku sekelian, sila jangan jeles.
Mat Razif : tak dak gelaran apa2 - saja teghingat kat dia. dia ni pun minat kat aku gak (pun aku rasa jugak). hmmm..hebat, hebat. aku jadi rebutan gitu. peghasan giler! mat razif dah meninggal lama dah pun. kalau kawen, hmm....
Ani geylong : ha, yang ni boypren aku k. hitam legam dia ni. suka punya pasai nampak hitam manis ja. la ni gheja kat pulau jerjak. hish, kalau kawen aku dok pulau jerjak la ni. kenangan aku - cinta yang tak kesampaian. takut kat bapak dia, jugak kat bapak aku! eh, sebenagnya tak bercinta pun. aku je perasan. dah tu pagi2 buta jalan pi tunggu bas sekolah sama2 tiap2 hari, aku rasa cam boypren la. tapi seingat aku ada jugak aku trima surat cinta dari ani geylong ni. surat siap boh bedak bagi wangi wei .... ha, ha... panjang pulak citer ani geylong ni. kalau balik kampung la ni aku tak pernah jumpa sapa2 dah. semua dah migrate - physically and mentally.
Bahari kolet : bapak ani geylong. gheja ngan bas mara. seingat aku tak pernah sekali pun aku bertegog sapa dgn dia. takut!
Dolah selimut : Oppss... tu arwah ayah aku. masa dia bujang trang-tang-tang, dia tak suka pakai baju. keluag ghumah berselimut ja. tapi gelaran sebenag ayah aku selepas dia jadi cikgu dan sehingga lah kini walaupun ayah dah lama pergi ialah cikgu Lah. Orang kampung tak kenai kami kalau sebut nama, kalau sebut anak cikgu Lah gerenti depa kenai. mak marah aku tulih pasai dolah selimut - so adik2 yang baca - sila jgn gitau mak.
Tu yang aku ingat. Oghang kampung dulu-dulu saja yang ada gelaghan pelik2 ni. La ni tak dak dah - seiring dengan era globalisasi! La ni nama-nama dah moden dah pun. Nama adik beradik aku considered moden walaupun dok kampung. Kakak aku Norshiha (seb baik! - dulu nenek aku nak namakan dia Sasimah - mak aku tentang habis-habisan, chewwahh...), Kalau boh nama tu - la ni dah jadi Datin Paduka Sasimah. Sorry datin, jangan maghah....
My last three sisters - Syarosniza, Syahrimi and Syazlina - kami kakak2 yang bagi nama. Masa mak aku lahirkan depa, kami dah anak dara - dah banyak outside communication. So banyak la pilihan nama. Mak aku pun dah tak laghat nak caghi nama. Banyak sangat dah anak dia, jenuh pikiag nama tiap2 tahun. Kalau harap mak aku, tak tau la apa nama-nama depa-depa ni. Nak-nak time tu dia sungguh stressful dengan kehidupannya yang ramai anak...haish! takut nak pikiag! Adik-adikku sekelian - sila bertima kasih kat kami ok. Untuk rekod, Syazlina tu anak nombor sembilan. Buat la matematik kalau nak tau Syarosniza dan Syahrimi tu nombor beghopa.
Tu cuma kenangan lalu - saja nak kembalikan sebelum terpadam terus dari kotak ingatan. Rasa-rasanya kalau yang baca bukan orang Kedah susah nak faham kot. Adik kata, mesti orang susah nak faham. Aku jawab "ala.. tak pe. orang Kedah walaupun tak berapa Kedah kalau cuba tergeliatkan lidah untuk sebut, mungkin akan faham, yang bukan Kedah tu tak leh la tolong". Irfan, kalau tak faham tak pe, gelak je. Kalau nak cuba faham, sila tergeliatkan lidah sebab awak orang Kedah, senang sikit. Amir lagi takkan faham - tu dah semestinya. Orang kelantan mana buleh kecek Kedah. Haish!.. Amir ambik Spanish language kat uni. Kalau Spanish lingo buleh kecek, takkan Kedah lingo tak leh kot! Tapi orang kedah dalam family aku buleh cakap kelantan tau. Two of my sisters fasih2 sokmo and now anak dara aku (kalau pi makan kat tempat waiter2 nya orang kelantan contoh macam kat Viccuda hari tu - kami tak susah - dia je yang orderkan). Adik, awak tak yah busybody, awak cakap KL je. Boyfriend kata tak yah cakap Kedah!
Ok, ok tak yah mengarut lagi dah....
Aku cuti hari ni..yey!! Petang nanti ambik kakak kat uni. Cukup quorum hujung minggu ni..syukur. Adik dah line-up some programs for me today..tapi program2 tu semua mengenai dia. Tak pe kot...anything for her! Now dia tengah study sejak lepas subuh tadi. Ada motivasi kot.... Irfan, ni je gambar yang ada to make your day, gambar "Fatso" tak de.
Aku cuti hari ni..yey!! Petang nanti ambik kakak kat uni. Cukup quorum hujung minggu ni..syukur. Adik dah line-up some programs for me today..tapi program2 tu semua mengenai dia. Tak pe kot...anything for her! Now dia tengah study sejak lepas subuh tadi. Ada motivasi kot.... Irfan, ni je gambar yang ada to make your day, gambar "Fatso" tak de.