Macam real ja - macam so patriotik, so kenegerian. Tapi sebenagnya nak remind dighi sendighi ja bahasa ibunda-ku. Kot2 dah lupa, almaklumlah dah close to tiga puloh tawon dok kl. Mengkala-mengkala kena la peghingat dighi yang mudah lupa ni. Umug pun dah dekat lima puloh tawon. Opps..jangan cakap lima puloh tawon ... allergic ni.. Che det kata melayu mudah lupa! Aku mungkin masok kategori melayu.... what could be worst is kalau-kalau termasuk kategori melayu mudah lupa. Bahaya ni - haghap2 tak terlewat nak ambik pil ceghegaih minda. Scary, scary. Anyway, here it goes.... (speaking sat). Apa saja yang mai kat kepala -
Hawag : Naughty tahap gaban. Gaban tu apa hah? Ghasanya bukan bahasa Kedah. Tak pa lah, ni kes ciplak bahasa oghang. Actually someone reminded me of the word seminggu lepaih. Selalunya ayat yang kita guna lebih koghang cam ni - "awat la hawag sangat budak ni!". Paham kot no.
Tawag hebiag : Pait (pahit - bahasa kl) tahap gaban. Gaban lagi! Tak pa la, sat gi kita caghi perkataan lain pulak.
Jebon : Jahat ka, hantu ka tak tau. Dok loncat luag ghumah sampai senja, tak gheti-gheti nak balik, bila mak maghah dia kata "awat suka dok jadi macam jebon tak tau". Tu satu. Satu lagi - bila malam adik2 dok gheyiau, mak kata "hah, gheyiau sat gi jebon ambik". Opps... gheyiau tu maksudnya nangis. Konteks ayat tadi makna jebon tu lebih koghang hantu kot. Jahat pun kadang2 oghang panggei hantu gak kan? Hah, at least tak guna word "gaban" lagi dah! Improvement...
Geghek : Basikal. Celek2 mata, sedag2 dah panggei geghek. So tak leh la nak explain pasai apa.
Ghimbok : Tumbuk - macam dalam kes gangster gaduh2, tumbok pi mai pi mai - tu la ghimbok. Kalau timbok lain lak, mak kalau dia buat kueh baulu, dia timbok telog sampai naik. Maksud timbok dalam konteks mak ialah beat the eggs till fluffy (konteks masterchef).
Hinggut : Goncang - macam goncang buaian baby, bukanlah jenih hayun had cam buai-buai laju tu. Dalam konteks ni goncang2 sampai baby tu penin dan teghuih lena balik. Mak-mak buleh buat gheja dengan aman damai. Ayat mak kat aku dulu2 (pasai aku kena jaga adik2). - "hinggut ndoi adik tu, jaga sat gi, mak nak buat gheja ni". Gheja apa tak ingat la dah. Jait baju kot atau paling jauh mak pi - dia akan ke pekan pi karan ghambut. Paham semua? Penin, penin. Depa2 ni (sisters yang membaca) sila bertima kasih kat aku!
Ceghin : Meremang bulu roma (ceh, ceh speaking kl). Ayat oghang Kedah - "ceghin bulu ghoma aku" - kes takut hantu la kot.
Cunggit : Senget. Tapi ada jugak papan jungkat-jungkit (see saw) - ala.. had oghang dok main kat taman tu - kat kampung aku panggei papan cunggit. Pelik, pelik...
Cengei : Gaghang. "Ayah aku dulu2 cengei, dia jegei ja, semua dok diam". Hah, paham dak - cengei is garang, jegei is beliak-kan mata.
Punggai : Lempag (kl kata lempar or baling). Senang tu. Tak yah elaborate.
Tibai : Pukul. Senang jugak - no elaboration needed.
Cemuih : Jemu. Lagi senang - aku haghi-haghi ghasa cemuih. Cemuih kat apa or sapa tak tau!
Toyu : Kicap. Jangan tanya pasai apa jadi toyu. Ghasanya brand kicap dulu-dulu kot.
Ligan : Kejag (kejar). Main kejag2 dulu panggei "aci ligan". Kami dulu2 terer la main aci ligan. Awat dak, tu ja antagha outdoor games yang ada. Lagi pun buleh main dengan the boys. Kalau dikenang-kenang masa tu, the boys yang main aci ligan sama2 masuk kategori hensem gak. Hensem cagha dulu-dulu la. La ni tak tau jadi apa kat depa dah. Eh, eh kalau jumpa dan masih ingat time tu, malu kot. Ghasa aku ada jugak la mamat-mamat tu yang dah nyanyok. Baguih jugak, at least depa tak ingat aku yang sungguh buaih, suka keghabat (panjat) pokok ceghemai and pokok jambu. Ish, ish, awat la lagu tu. Kalau tau aku nak dok kl la ni and ghasa glamer sikit, tobat lahum aku tak main panjat2 pokok. Tobat aku jadi gadis kampung yang sungguh bersopan santun. Macam lagu M Daud Kilau - minah utara - bersopan dan bersantun - pandai lah pula bersajak dan berpantun. Lebih koghang cam tu la lirik dia. Sebab aku dulu buaih sangat, tak gheti la nak bersajak dan berpantun! Ish, melalot la pulak. Nak ceghita makna "ligan" ja sebenagnya.
Kelepiag : Dok goyang-goyang tangan. Nak explain further pun tak gheti - kena tunjuk la pulak.
Keghaih kedekong : Keras tahap extreme. See .... at least I manage to avoid the other "word".
Cempegha : Kelam kabut, huru hara. Contoh ayat - "Yang hangpa dok cempegha sangat ni pasai apa, nampak hantu ka?"
Pulaih : Pulas / putar
Kawag : Pencuri. Kawag kat kampung suka cughi keghebau. Oghang jeghit kawag, kawag - kami lena ja. Tak leh tughut sama, kami kan up sikit pasai cucu tok penghulu (peghasan habih!). Dak aih, bukan pasai tu, pasai kami ni penakut especially dalam situasi yang hingag bingag kami jadi DG. Kawag tu bukan nak masok ghumah pun, dia kan bawak laghi keghebau, macam mana nak masok. Mana leh invite2 keghebau tu sama!
Loglag : Cuai
Menghenyeh : Maksud lebih koghang - dok gelak2, sengeh2, masuk kategori gatai. Ayat mak "tok sah dok menghenyeh kat situ, pi balik masak nasik, dah petang". Aku tak pernah la kena masak nasik, tu gheja kakak aku. Sorry sis! Tapi kakak aku tu tak pernah menghenyeh pun, aku ja. Dia gadis pingitan!
Belemoih : Comot. Opps...kami dulu tak belemoih k. Kami anak cikgu, so up sikit! Aku suka pakai skirt kembang, naik geghek. Laghi topik sikit - saja nak habag kata cun masa tu! Oghang lain mana pakai skirt, depa pakai kain batik. Aku sampai la ni tak gheti pakai kain batik. Ada kain batik hantag tailor soh jahit bubuh zip dan buckle. Senang pakai. La, laghi topik sungguh.
Pulun : Bersungguh2. "Pulun mengaji la dia ni". Tu kigha hardworking la tu.
Habag : Bagi tau
Cek : Saya
Celiuh : Muat
Seneghih : Calar
Mandom : Lembik. Mother-in-law aku oghang Penang - dia selalu kata mandom salam kat kami2 yang kadang2 lembab. Chop, aku dak. Anak2 dia yang mandom salam. Aku aktif sokmo (eh, kelate pulok).
Ketegag : Degil. Mak selalu kata masa kami kecik2 - "Awat la ketegag sangat hangpa ni, nak jadi jebon ka?". Hah, tu dia. Paham kot no.
Ada jugak bahasa oghang putih yang di-melayu-kedahkan oleh oghang Kedah. Antagha nya - gostan (go astern - undur), seken (shake hands), stenbai (standby), segerup (in a group), kolet baih (bus ticket collector). Laghi topik sikit no - dulu aku ada minat kat soghang kolet baih - hensem kot tapi tak dan nak main-main mata sebab bila sampai stesen baih, dalam dok malu2 kucin nak berkenalan, pusin2 nampak macam kenai satu pakcik ni dok belakang tiang stesen baih. Memang kenai - tu ayah aku. Ha, ha...scary kot! Ayah cengei. Aku takut, ghasanya kolet baih tu lagi takut kot. Tak dan berkenalan, aku cuma tau nama dia ja. Macam mana tau pun aku tak ingat dah. Dia pun tak mau kot kat aku - under age! Lagi satu - hangpa ingat dak game polis sentry (sebenagnya bila dah besag baghu tau - it's police and thief). Best main game tu. Ghamai boys main - mana pi budak2 pompuan kampong aku tak tau. Tak ingat pun aku main dengan depa!
Ok lah, banyak dah tu... aku punya growing up times yang penuh dengan kaler-kaler! Semua kaler ada - you name it!
Apapun aku bangga aku anak Kedah....
No comments:
Post a Comment