Saturday, May 26, 2012

Dealing with feelings.  How best?  Especially feelings anak-anak remaja.  Setelah bertahun-tahun dok baca buku-buku motivasi, bertahun-tahun surfing the net for inspirational stories/words, rupanya dealing with real situation is much, much more complex.  I wish I can refer to those "a,b,c... list of do's and don't's when dealing with young adults" but it is not workable, for me at least.  It is definitely not an easy task. Lain anak, lain sikap.  Ada yang open, ada yang reserve, yang suka pendam rasa.  As a mother, aku kena cari jalan yang terbaik nak deal dengan situasi-situasi berbangkit masa kini.  Bila anak remaja mengenal erti 'remaja', aku terus rasa buntu.  Hilang rasanya semua ilmu2 motivasi yang selama ini terpahat kukuh dalam dada.  Ilmu2 yang aku gunakan selama ini dalam melepasi ranjau kehidupan aku sendiri, juga aku gunakan bagi membantu adik-adik dan teman-teman yang memerlukan emotional support. It worked for some, alhamdulillah.  Tapi ni.... ish, menakutkan! Zaman remaja aku dulu tak pulak mak and ayah baca buku-buku motivasi bila nak memotivasi-kan kami. Nampak ayah balik dari sekolah je, semua dah menikus.  Tak de nak manja-manja. Ayam itik yang kami bela pun lari masuk reban bila nampak kelibat ayah.  Nak tau garangnya die!  Yang ayah tau, dia pi kerja cari rezeki and mak dok rumah jaga makan minum kami.  How simple life was before!

Rasa luluh? Tak juga. Perasaan ini datang mungkin kerana aku teramat sayang pada anak-anak.  Anak-anak yang telah bersama-sama melalui masa suka duka aku. Certain phase of my life had been a rough and painful one.  Tak perlu nak look back and ingat-ingat lagi. Luka tu pun dah lama sembuh, syukur alhamdulillah.  Moving on, pada sisa-sisa kehidupan ini, aku cuma doakan yang terbaik.  Allah lebih mengetahui.  Selalu aku katakan pada anak-anak, "Look at my life, jadikan pengajaran, jadikan iktibar, buat pilihan yang terbaik dalam kehidupan, mudah-mudahan bahagia dunia dan akhirat.  Cari teman yang dapat membawa kita ke syurga".  Anak-anak yang aku didik untuk bangun malam bertahajjud, membaca al-Quran, berzikir - alhamdulillah. Aku inginkan yang terbaik buat mereka.  Aku telah kuatkan hati selama ini untuk mereka. Aku korbankan kebahagiaan peribadi untuk kebahagiaan mereka. Aku tidak memerlukan apa2 selain redha Allah.  Alhamdulillah.

Therefore, buat anak-anak aku - berhati-hati menjalani usia 'remaja' ini.  Perasaan yang berpaksikan hukum hakam Allah akan menjamin kebahagiaan  yang berterusan dan kehidupan yang penuh keberkatan.  If you love someone, it has to come with all the responsibilities.  Tanggungjawab pada Allah, pada ibu-bapa, pada diri sendiri.  And untuk Adik - it is a long way to go.  Pursue your dreams - succeed in whatever you had dreamed all these while.  All the good things will come naturally insyaAllah.  If Irfan is the best - he will be the one, insyaAllah.  It is surely a long, long way for both of you.  You both have your dreams to pursue.  Irfan, your mama and ayah would definitely want the best for you.  Tak de main-main ok.  As a mother, I wish you both success dunia dan akhirat.  Same goes to Kakak and Abang - kita dah selalu cakap isu-isu kehidupan dan cintan-cintun ni.  Letih dah dok jadi penceramah tak bertauliah.  Kita minta yang terbaik - Allah dah tetapkan.  Kakak dah bising tak sebut nama Amir.  Yes, Amir, you are the best - thank you.

Saja letak dalam blog untuk kenangan/rujukan anak-anak kot2 perlu. For them to know that I love them to bits.

Mudah-mudahan aku telah lakukan yang terbaik untuk anak-anak aku dan mudah-mudahan rahmat Allah sentiasa melindungi mereka.


No comments:

Post a Comment