Sudah 13 hari kita berpuasa. Mudah-mudahan Ramadan setakat ini telah menjadikan insan yang lebih baik. Mudah-mudahan kita semua sentiasa di bawah rahmat dan lindunganNya.
Since the past many nights balik lambat and also tidor lambat with all our sleeping patterns jadi haywire, so malam tadi cuba juga tidor awal sikit. Balik from tarawih, had some fresh fruits and fibre drink (yyucckss) and then plan nak tidor. Eh, tak lah.... aku sempat buat laundry lagi. Adik slept first, dia kata tired and sleepy. Haishh... dia je la yang tired and sleepy!! Aku and kakak watched The Omen for a while. Dah banyak kali dah tengok. Tiap-tiap kali tengok aku mesti nak tanya sapa mati, sapa hidup hujung-hujung cerita. Bila kakak cerita endingnya (walaupun aku dah tau), aku pun tidor. Tak payah dah tengok. En. hubby marah aku suka tanya, so baik lah aku tidor daripada kena berletiag. So we left en. hubby to watch the movie alone. Tapi aku rasa dia tukar channel lepas kami tidor sebab dia mintak remote control. Bangun for solat and sahur, walau pun tidor a little bit early, letih tu tak jugak hilang. Bila la aku nak dapat balik all my energy ni....
In the office as usual. Finishing up work. Planning to be on leave next week Monday, so I only have tomorrow to clear the ones with datelines. Was at the surau tengahari tadi for solat zohor berjemaah and tazkirah by Ustaz Dr Mohd Shafie Md Amin Al-Hafiz. Tazkirah on Ramadan dan Al-Quran. Ustaz sebut pasal how Al-Quran can make us a better person. Dia sebut juga pasal assessment of our Ramadan so far. Produktif ke tidak. Mostly about pentingnya kita membaca, mempelajari dan memahami al-Quran. Ramadan adalah bulan al-Quran. Istiqamahnya kita walaupun setelah selesai Ramadan bererti kita berjaya. Allah amat menyayangi al-Quran. Kalau kita mengikuti SOP al-Quran dalam kehidupan kita juga bererti kita menjadi hamba yang disayangi Allah. Opps... SOP tu Standard Operating Procedures. Kat ofis-ofis wajib ada SOP ni and staff mesti bekerja ikut SOP. Kita ikut SOP kat tempat kerja bagai nak rak. Takut kalau tak ikut SOP ofis - nanti tak boleh naik pangkat, tak naik gaji. Tapi kita lalai dengan SOP yang Allah dah gariskan melalui al-Quran. Allah maha pengasih, maha penyayang, maha pengampun - kalau ikutkan kita yang lalai ni, dah lama Dia jentik masuk neraka. Tapi Allah tetap bagi kita peluang, peluang bernafas, peluang bertaubat. Dengan peluang inilah, kami semua ada kat surau tu tadi. Ustaz cakap kalau kita kata kita sayang Allah, kita sanggup buat apa saja suruhanNya, suruhan yang membawa kita ke syurgaNya. Macam manusia yang sayang kat manusia lain, sanggup buat apa saja - kalau kekasih nak makan nasi dagang yang Terengganu punya pun sanggup naik AirAsia pagi balik tengahari bawak balik nasi dagang! Tu namanya cinta. Cinta kat Allah bagaimana? Apa yang telah kita korbankan? Minta pada Allah kita dapat keluar dari Ramadan menjadi insan yang lebih baik, insan yang disayangi Allah, the best in the eyes of Allah. Banyak lagi ustaz sebut, aku tak bawak buku and pen nak tulis, so harapkan yang aku ingat saja lah. 'Warga emas' pi kelas, macam ni lah...
Somebody is still looking forward to this weekend? I should think so. Always remember what I've told you, what I've said. I want the best for you. So, no more tears tau.
Kakak merajuk sebab aku tak bagi dia duit prom since adik asked for some last night. Tapi prom dia dah berlalu dah more than five years ago! No longer valid right??
"No regrets - just life lessons learned along the way"