Kemodenan metropolitan
Aku bosan dengan kebisuan desa
Aku jemu suasana kampung
Itu aku suatu waktu dulu
Berpuluh tahun berlalu
Tercapai sudah anganku
Termakbul sudah cita-citaku
Aku kini di kotaraya impian ku
Di tengah-tengah metropolitan
Dari serba kekurangan
Dari serba kepayahan
Aku membina kehidupan
Aku hampir punyai segala kesenangan
Namun ... mengapa jiwa, hati rasa kosong?
Apa lagi yang aku mahukan?
Tidak cukupkan kehidupan metropolitan ini?
Bukankan ini yang aku impikan?
Hakikatnya kini
Di usia sebegini
Sejauh-jauh perjalanan ini
Aku sedar yang aku kejar
Hanya impian material
Hanya hiasan fizikal
Aku tetap anak kampung
Punya jiwa, punya rasa, punya hati
Aku tetap ingin pulang
Merasai kedamaian, kedinginan bayu desa
Aku tetap ingin pulang
Pada kehidupan tanpa sempadan
Aku tetap ingin pulang
Walau cuma pada kenangan
Kuala Lumpur
1 Ogos 2012
No comments:
Post a Comment