Mhmmm....a date to remember - again. 19th day in the blessed month of Ramadan. Cepatnya masa berlalu. Ramadan akan meninggalkan kita in less than two weeks. Setakat mana ibadah dan amalan kita? Diterima Allah kah ibadah dan amalan itu? Andai kita sudah lakukan yang terbaik, alhamdulillah. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam rahmat dan barakah Allah swt.
Came across this siri tazkirah on Sabar. Let's share. Allah swt telah mengingatkan kita tentang hakikat kehidupan di dunia yang tidak sunyi daripada ujian dan musibah. Sesiapa yang berjaya menghadapinya dengan sabar, akan ada di sana janji-janji indah Allah swt. Yakinlah ujian kehidupan yang ditimpakan tidak pernah sia-sia. Pastilah kerana kasih sayang Allah untuk melihat sejauhmana kedudukan seseorang hamba kepadaNya. Kesan daripada kesabaran, ia akan membuahkan kebaikan, rahmat dan mendapat hidayah petunjuk daripadaNya. Dari aspek yang lain, musibah yang berlaku adalah untuk menghapuskan dosa kita. Ia begitu cantik disusun oleh Allah sebagai tanda kasih sayang terhadap seluruh hambaNya. Justru itu, bersabarlah dalam menghadapi ujian hidup. Yakinlah Allah swt sentiasa bersama-sama orang yang sabar.
Yes, cakap pasal sabar. Pagi tadi aku and kakak kena naik LRT mai office sebab en. hubby nak kena hantar kereta pi servis. Dia kata we all lambat. We all lambat? Macam tak kena je statement tu. Apapun sabar, sabar. And that was the first time aku naik LRT waktu pagi. Wahhh...meriah sungguh. Ramainya orang. Beratur ikut queue. Sabar, sabar. Dapat tempat duduk kat Priority Seating Zone (dikhaskan untuk warga emas and OKU). Aku cakap kat kakak, aku warga emas so aku boleh duduk. We made jokes (a lot!). I leave it to her to elaborate on the jokes. When I laughed kakak marah, dia kata "Haishh.. mummy, stop it - mana ada orang yang gelak2 macam ni pagi2 buta - tengok orang semua serius je". Then aku realized - betul la. Muka-muka dalam LRT pagi-pagi buta ni either mengantuk (yang dapat duduk mostly tersandar and membuta!) dan serius (yang kena berdiri). Apapun, I still had fun laughing at the lame jokes yang aku sendiri create. Kakak jadi partner untuk gelak je. Aku turun kat station KLCC and kakak kat Ampang Park. Nak dijadikan cerita, bila turun je dari train aku jadi blur kejap. Eh, mana la pulak jalan nak ke office aku ni? Ikut je lah orang ramai. Tiba-tiba aku rasa macam jauh sangat aku jalan. La...awat lagu tu? Rupa-rupanya aku salah jalan, salah ikut orang. Bila aku keluar kat pintu aku nampak Avenue K. Haishhh...jauh tu dari office aku - seberang jalan lagi! Patutlah rasa lama sangat aku jalan tadi. No choice aku kena patah balik (backtracking my path). Baru jumpa jalan ke Suria KLCC. Wahhhh... berjaya, berjaya, aku finally jumpa jalan ke office aku. Sabar, sabar.... Lyana Inessa, don't laugh.
Somebody's schooling today. Yesterday was her off day - home study. Met her teacher at bazaar semalam, she said more than half the students tak datang termasuk lah anak aku. Most teachers buat revision saja sebab dah complete syllabus. Cikgu kata students pun main-main saja, tak nak belajar pun. So betul la kot decision dia to stay home and study. Yes, I believed her - dia memang study. Tapi dia masih angau. Marissa Yasmine, there'll always be a date to remember. So jangan angau sangat ...
"Forever is a long, long time and time has its way of changing things"
- Fox and the Hound -
No comments:
Post a Comment