Thursday, August 4, 2011

Menjejaki kenangan ....



Empat hari kita berpuasa hari ni. Bagaimanakah amalan kita setakat ini? Semoga diterima Allah swt puasa dan amal-ibadat kita, insyaAllah.

This is an overdue posting. Should have done this last week. Busy punya pasal, tak sempat. Then again, it is better late than never. 22 Julai lalu aku balik kampong. Menjadi kebiasaan, sebelum puasa aku akan balik nak serahkan sedekah untuk masjid kat my kampung. This time kena terus jumpa Pak Imam sebab my uncle yang selalu tolong dulu dah passed away late last year. Alfatihah untuk arwah Njang... We left KL tengah malam Sabtu, sampai Alor Star dah masuk subuh. Tau pasai apa lama? Sebab kita berhenti somewhere to eat, rest and a short nap. Tak la short pun.. tu yang sampai subuh kat Alor Star. Terus ke Masjid Zahir untuk solat subuh. Masuk saja pekan Alor Star memang hati ni terasa sayu. Pelik sungguh perasaan ni. Sedih, rindu semua ada..



Anyway, lepas solat kita round-round cari hotel nak freshen up before menjalankan kegiatan2 yg dah di-plan. Few hotels dah fully taken, agaknya sebab hari tu ada motorcub prix kat Alor Star. Masuk area Seberang Perak, we stopped for breakfast. Kat kedai mamak ni la yang arwah ayah selalu beli nasi lemak for all of us bila2 balik bercuti. Nasi lemak dia sedap. Nampak macam nasi kandag to me. Aku ambik lauk yang sama macam arwah ayah selalu beli. Kopi dia pun sedap. Agaknya taste bud Kedah aku tak boleh hilang. Tu yang jadi "da'oh" (jakun) bila dapat balik. Kakak and adik pun enjoy the food there. The originality is still there, that was what I like about going back.

Lepas breakfast, we went for hotel hunting again. We found one - T Hotel. T stands for Tandop. Tak la jauh sangat dari town, and dekat dengan my kampung. Cantik and bersih jugak hotel ni. Lepas check-in, solat dhuha and left our luggage, we went on to do the pre-planned activities. Tinggalkan en. hubby kat hotel, sebab dia nak tidog, tengahari dia ada golf kat Darulaman. So we had until tengahari before going back to fetch him and send him off to Darulaman.





Keluar dari hotel, terus ke Sg. Korok - melawat kubur ayah. Rindu sangat2. Baca Yasin, clear up sikit2 rumput2 kat area tu. Visit sekali kubur tok and tok wan. Kat sebelah tu saja! Arwah ayah dikebumikan bersebelahan tok & tok wan. Al-fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 ayah, tok & tok wan. Then we went to rumah Pak Imam, serahkan duit sedekah. That was our contribution for Ramadhan activities at the masjid. Minta tolong Pak Imam uruskan juga tahlil buat arwah2. Sembang2 sat, then off we go to see Long Mah (cousin ayah). Dah nampak makin uzur dia. But still alert. Dia tengah dok menyapu sampah I arrived. Bila aku panggil dia, as expected dia masih addressed aku as 'bok' (my sister's name kat kampung dulu). Tak pa lah. Looking at her, I did not feel the need to correct her anymore. She cried when I was about to leave. And....so did I.



Singgah rumah mak, just nak hilangkan rindu. Memang mak dah pesan, kalau balik soh singgah tengok rumah. Kalau dia tak pesan pun, I would still do it. Jiwa kampung aku masih kukuh. Here I am, standing in front of the house. A picture of loneliness. I walked around the house. Tears streaming down... The reflections of us during our childhoold years came one by one. Bawah rumah we used to play congkak. Tak mampu beli papan and guli, kita korek tanah and main dengan biji getah. We still had the same fun. Main rounders, main police and thief (dulu kecik2 tak tau, kami sebut 'police-sentry' - agak2 sounded the same kot!), main masak2. And the best part, lepak kat rumah Wa Meah (our penyelamat bila arwah ayah naik angin). Rumah tu pun dah tak ada. Wa Meah pun dah long time ago passed away. Aku tak tau about others, tapi aku suka all the nostalgic moments. Aku akan layan walaupun terpaksa menahan sebak. Agaknya dengan umur yang meningkat, tu yang jadi terlebih sensitif.



Off we went to Masjid Al-Bukhary to ziarah kubur my grandmother (sebelah mak) and my aunties - mak chaq (kakak mak) and mak nen (adik mak). Important missions accomplished, so can divert to some other unplanned ones. Kita sempat singgah kat gerai2 outside Souq Al-Bukhary. Bought for mak baju kedah, kain batik and also kain solat. We had cendol - beli 3 gelas lagi! Even the cendol tasted so delicious! Wow, macam la tak dak cendol kat KL ni. Bias pulak aku ni... Apapun KL tempat aku cari rezeki, aku tetap bersyukur dan berterima kasih.

Lepas tu rush balik ke T hotel - pick up en. hubby nak hantar ke Darulaman for his golf. We had lunch in Bandar Darulaman before going to the club. Wonder macam mana en. hubby nak main golf. Panas giler wei..berbahang! We solat at the club. Leaving him at the club, off we drove to Kulim. Ni nak visit my brother and hantar sedikit sedekah kami adik beradik kat dia. Punya la jauh driving ke Kulim tu. Terpaksa stopover lagi sebab mengantuk! Had not met him for quite some time. Tengok dia sekarang, alhamdulillah - dah banyak perubahan. Mudah-mudahan Allah berikan yang terbaik buat dia sekeluarga. Makan goreng pisang dengan sambal kicap kat rumah dia. Ish, ish, nak puji lagi macam dah over-over pulak. Tapi serius, sedap! Time was almost 5.30 pm when we left his house. Another long drive back to Alor Star. Macam nak putuih kaki!

Ingat nak terus ke Pekan Rabu, tapi adik nak balik hotel. Kena freshen-up katanya. Aku and kakak ok je. Pi terus pun ok. But tengokkan adik yang dah so uncomfy, we decided to balik first and go to PR later. Tak teringat pulak yang PR ni bukan buka 24-7. Lepas maghrib, we left the hotel, sampai PR, kedai2 kat situ semua dah tutup. Disebabkan kena en. tunggu hubby balik ke town with his friend and we decided to jumpa for dinner, aku kena la round-round pekan Alor Star tu. Dekat sejam dalam kereta dok round-round, en. hubby pun call asking to jumpa him and his friend kat restoran in Jalan Sultanah. Nama restoran tu Kopi 'O' Kampung. Nice place. Tak ambik gambaq pun sebab sebok dok pikir nak makan apa. Banyak sangat choice. Last2 aku makan ubi rebus cicah nyok (kelapa). Sekali lagi, aku terpaksa mention - sedap!! Nanti balik for raya, aku guarantee akan pi sekali lagi... En. hubby makan 'peknga cicah gulai ikan temenung'. Tau peknga tu apa? Kat sini lempeng la.



Balik hotel, rehat and tidog. Esoknya pagi2 lepas subuh we checked out. Singgah breakfast at gerai makan dekat2 dengan penginapan hijau kuning. Tu tempat pasukan bola kedah dok training kot. Gerai ni tepi jalan je. Makan nasi lemak dan minum kopi. Ada jugak roti canai. Walaupun tepi jalan, and nampak tak glamour, tapi food dia sedap. Beli some pulut sambal bawak balik. Imi sempat makan, sebab asainya nak bagi kat mak, tapi mak dah balik Setapak. So rezeki Imi dapat makan. Sedap, kan? Nanti balik raya, kita pi cari (hopefully gerai tu bukak few days lepas raya).

Menjejaki jalan-jalan kenangan - akan terus mengingatkan aku akan asal usul, pengalaman-pengalaman silam - kenangan indah, kenangan sedih. Semuanya menjadikan aku insan yang sentiasa bersyukur atas nikmatNya. Alhamdulillah.

Al-fatihah buat semua yang telah meninggalkan kita. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga ditingkatkan iman dan taqwa.

Tuesday, August 2, 2011

Tazkirah Ramadhan #2



Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud : "Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat." Dalam hadis lain, Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Hendaklah kami bersahur kerana ia adalah makan yang berkat."

Antara hikmat disunatkan bersahur ialah sebagai alas perut yang disimpan oleh orang yang berpuasa supaya tidak terlalu lapar sepanjang puasa pada siang hari. Ia juga sebagai dorongn supaya orang Islam dapat bangun dengan lebih awal menghidupkan malam Ramadhan dengan zikir, doa dan ibadat lain, sebelum menjamah makanan pada waktu sahur. Pada waktu yang penuh keberkatan inilah pelbagai pahala boleh diperolehi jika seseorang Muslim melaksanakan ibadat yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah swt.

Waktu bersahur adalah luas bermula dari waktu malam hari hingga masuk waktu fajar dan yang lebih afdal ialah ketika waktu subuh hampir masuk. Kebiasaan yang menjadi amalan umat Islam di Malaysia ialah berhenti makan lebih kurang 10 minit sebelum azan subuh yang disebut sebagi Imsak. Kebanyakan daripada kita cukup berhati-hati supaya tidak melangkaui waktu Imsak untuk memastikan tiada sisa makanan dalam mulut.

* Bersahur membezakan puasa orang Islam dengan ahli kitab kerana mereka berpuasa tanpa bersahur.
* Sahur itu adalah waktu yang afdal untuk beribadat menghidupkan malam Ramadhan. Menjadi satu kerugian jika ditinggalkan begitu saja ruang masa bersahur tanpa diisi dengan amal ibadat lain. Luangkanlah masa dengan membaca al-Quran, berzikir dan berdoa supaya memperoleh pahala daripada Allah s.w.t.
* Makanan yang dimakan sewaktu sahur adalah anugerah Allah sebagai kekuatan dan alas perut menahan kelaparan pada siang Ramadhan.

Kesimpulannya, bersahurlah, kerana ia amat digalakkan oleh Allah dan rasulNya. Jangan diabaikan atau menganggpnya sebagai perkara kecil kerana apabila disebut secara berulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya, ini menunjukkan betapa pentingnya amalan bersahur itu.


"Sahur itu berkat, janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan minum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas orang yang bersahur"
(Hadis daripada Abu Said).

Monday, August 1, 2011

Tazkirah Ramadhan #1





Just sharing….
(Extract dari Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd [korbanaqiqah@alameenserve.com])

Ustaz KH Jamaluddin Kafie telah membukukan ceramah-ceramah agamanya dalam sebuah buku kecil yang bertajuk ‘Santapan Rohani’. Kandungannya ringkas sekali dan merupakan bahan-bahan pengajian malam Juma’at beliau di desa Prenduan Sumenep, Madura, Indonesia. Mungkin ada manfaatnya kita sama-sama menikmati santapan rohani yang beliau sajikan berkenaan 4 dorongan atau tahapan kita berpuasa:

Kita berpuasa untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. :“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah :183)

Kita berpuasa untuk memelihara kesucian jiwa:“Puasa itu perisai selama ia tidak dirobek oleh dusta atau umpat mengumpat.” (HR At-Thabrani)

Kita berpuasa kerana mengharapkan keridhaan-Nya:
“Dia meninggalkan makanan dan minumannya dan syahwatnya demi Aku. Maka puasa itu untuk-Ku dan Akulah yang langsung memberi balasannya.” (HR Bukhari)

Kita berpuasa kerana rindu ingin bertemu dengan Allah s.w.t.:“Bagi orang yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Bahagia setelah berbuka dan bahagia setelah ia dapat bertemu dengan Tuhannya pada hari kiamat nanti.” (HR an-Nasa'i)


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:


"Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian"

(Hadis Riwayat Muslim)