Showing posts with label Little little things.... Show all posts
Showing posts with label Little little things.... Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Yuckkss...and cerita mistik

Tadi semasa solat maghrib aku ternampak cicak dalam bilik filing / bilik solat aku.  La... mana mai pulak cicak ni.  Hari tu lipas kat workstation aku.  Tapi cicak nih aku biarkan je la.  Aku memang tak pernah menang dengan cicak.  Kat rumah aku, dua batang penyapu telah patah.  Satu adik pukul lipas, lipas tu tak mati pun.  Aku gak yang kena berperang dengan lipas tu menggunakan shelltox.  Habis setin walaupun lipas sekor.  Satu lagi kakak pukul cicak.  Sampai lembik cicak tu dia pukul.  Bukan setakat cicak tu lembik, penyapu aku pun patah!  Haish...  

Ternampak cicak tu, teringat pulak drama aku dengan adik on one of the evenings semasa kami kat Darulaman.  Here it goes ;

Me:      Adik, look, cicak!  Peliknya, macam tak bergerak, tapi macam hidup lagi nih!
Adik:    Eeewww..yuckkks.. colour dia macam flour
Me:      Ya lah, putih lak cicak ni.  Can see the internal organs.   Eeeee,  
              yyuckks... nak ambik gambag lah!  Ok, ok, dekat sikit.  La...dia 
              tak lari pun.  Tak larat kot, sebab badan dia macam gemuk sikit.
Adik:     Ye la, ma, colour dia macam flour, putih.
Me:        Biasa la, orang Kedah kan putih2.  Binatang pun mungkin gak kot!
Adik:     Ish, perasan ......
Me:       Move... nak ambik gambag dia. 
Adik:    Eewww, ma, noooo...  tak payah la.
Me:      Payahhhhh...


Hence this picture.  Geli.....and yyucckkks...  


Citer cicak ni ada satu lagi, mistik sikit la citer ni.  Ala2 misteri nusantara - malam tu after dinner nak balik bilik aku nampak cicak besar.  Aku kata kat adik - "adik, cicak tu besar nya!"  So aku and adik ran along the corridor sampai almost hujung sebab aku nampak cicak tu jatuh kat hujung.  Sampai sana tak dak pulak.  Ni kes mistik ni.  Tak puas hati - aku cari2 gak.  Tapi memang tak dak.  We ran back to the room.  While adik frantically pushing the key into the key hole, I felt a tap on my shoulder. Pusing belakang tak dak apa2 pun.  Aku pushed adik inside and we were both screaming.  Screaming pasai apa tak tau lah pulak.  Aku citer kat la adik apa aku rasa masa depan pintu tu.  Menyesal citer - dia takut sampai aku suruh buat apa2 pun dia tak mau.  So the whole night pasang surah Al-Baqarah and Yasin.  

Tiada jawapan pun atas apa yang terjadi earlier.  Perasaan aku je kot.  Aku memang jarang alami peristiwa2 mistik ni.  So aku assume is my imagination.  Kalau citer kat en. hubby pun gerenti dia akan kata benda yang sama.  So tak payah citer... Masuk blog ni pun saja aku nak rekod-kan kenangan aku dengan adik kat Darulaman tu.  Adik, the cicak is so putih, right???





Saturday, June 9, 2012

BFF .........


Kakak wrote about me here lihmy.blogspot.com/2012/06/umi-bff.html.  Yes, kakak -  I was touched.  Ni mesti kes tak puas hati sebab kena tinggal sorang-sorang kat Serdang.  You know the reason why kan, dah 40 kali explain - sebab I tak nak feel guilty.

I did not bring her together with me up north because of her finals next week.  Tak sampai hati rasanya tengok nanti dia letih after going back and nak buat the final revision.  Dok la sana diam-diam, study, tenangkan hati dan minda.  Kalau ikut aku kat sini, nanti banyak sangat program yang caca-merba.  Takkan nak tinggal dia kat hotel sorang-sorang kot. Tobat dia tak nak.  Anyway, she must know this walaupun aku dah berkali-kali cakap - I love her so much.  The time we spent together is priceless.  Ok, let me begin some little little things about her.  Lahir 17th November 1990 - masa lahir size kecik je, compared to abang and adik.  Rambut curly, mata sepet.  Masa I was pregnant with her - banyak sangat kot dok marah kat orang-orang Korea and Taiwan yang mai kat office.  Depa meletihkan aku.  Agaknya lah -  sebab tak tau sapa aku nak shift the blame on.  

Her growing up is quite smooth but not la without problem at all.   Remember - mothers are the person who would do anything for the children. Children created the mess - mothers are normally left in that battle field to do the cleaning up.  For me, I did that not only because of me being a mother alone - I did that because I love them all.  In all my limitations, I tried my very best  If in any way I had somehow seen as a failure - I have no regrets.  Because I had done my best - insyaAllah. 

Nak kata kakak ni independent tak juga.  Ingat lagi masa dia dapat matrik kat Kolej Mara Kuala Nerang.  Jauh giler tu.. Aku pi Putrajaya (KPT) buat rayuan nak dekat sikit.  Banyak la prosedurnya - dengag pegawai tu dok explain pun aku dah letih - so aku pujuk dia.  Aku hantag  dengan en. hubby ke KMKN.  First time berpisah kot - dia menangis macam orang nak pi perang.  Mula2 aku tahan tapi dalam kereta on the way, aku menangis bagai nak rak.  Rasa macam nak patah balik pi ambik dia.  Dua minggu macam orang gila (aku ka dia tak tau).  Asal call nangis, asal nangis call le tu!  Aku sampai kata ok lah, kalau dah teruk sangat kena la bawa balik.  Tapi aku pujuk gak hati ni dan juga dia - aku travel up north (KMKN) tiap2 dua minggu kot.  Masuk sebulan dah ok sikit - tapi aku masih travel up and down.  Bangkrap oi!  Jauh tu...  Tapi sayang punya pasal aku berkorban la.  Alhamdulillah she did well.  I was so proud of her.

Habis matrik bermula another lembaran kehidupan dia kat universiti.  Alhamdulillah dapat UPM - dekat sikit.  Kurang sikit masaalah.  Tapi first year boleh kata tiap2 minggu aku pi Serdang ambik dia for the weekend.  Bukan first year je kot - sampai la ni tau.  Ni dah finishing third year going into final year - aku masih turun naik Serdang ambik and hantag dia.  Masaalah aku selesai?  Dak, dak jugak.  Ada satu persatu... aku tau what else coming.  Biag aku simpan dulu.  For now aku doakan dia berjaya, insyaAllah.

Kalau sapa2 rasa aku sayang sapa2 lebih, semua silap.  I loved them all the same.  

Kakak - you will always be my bestest friend - my BFF.  Nanti I write about adik pulak.  Ni dia tengah semonel.  Tadi macam dah ok - tapi ni nampak sedih balik.  Pelik...pelik.  Kita bagi kahwin nak?  Ha, ha, she's going to kill me... Dia  tengah dok buat add maths tu.  Tak leh kacau!  Ok, dia nak tidog, dia suruh urut tangan dia.  Tu la, boyfriend main golf dia pun sebok main.  Kan dah injured!  Gotta go now.  Goodnight.  Love you...






Friday, June 8, 2012

Still in Bandar Darulaman...

Masih bersiaran dari Bandar Darulaman.  Sunyi malam ni, en. hubby is away teman some friends on some business, will be back only tomorrow, just in time to check out and balik KL.  Berblog sambil mendengar recitation of surah albaqarah oleh Sheikh Saad AlGhamdi.  I prefer recitation oleh Sheikh Hani Ar Rifai.  Sedap lagi - di telinga aku lah.  Selalunya bila rasa sunyi ni lah yang aku buat.  Rasa tenang.  

Anak dara aku malam ni semonel sikit.  Merajuk kot.  Biarlah dia melayan perasaan, esok2 aku tanya.  Tadi tanya sikit,  la...menangis pulak.  Nak berceramah waktu2 gini rasa tak kena pulak.  So kita biar dulu.  Nasib baik en. hubby tak ada, kalau tak gerenti aku yang kena ceramah.  Dah ok dah kot tu.  Dah ambik buku add maths dia, tapi dengag macam nak cakap tepon dulu.  Haish.. 

Tetiba aku teringat lagu ni, tak dak kena mengena pun dengan isu di atas.  I just love the song... So tutup dulu surah albaqarah - sat lagi nak tidog aku pasang balik. 



Baju kelawar ....

Agaknya semua wanita2 tau kot apa tu baju kelawar.  Bahasa yang lebih elok is kaftan.  Dari dulu aku memang banyak baju kelawar.  Best sebab very comfy.  Kakak pun suka jugak.  Tapi dah quite a while aku tak pakai, cuma kadang-kadang je.  So tersimpan la kebanyakan baju kelawar tu dalam drawer in one of the cabinets.  Adik?  Dia memang tak pernah pakai.  Unlike kakak, she never asked.  And I never insist.  So bila kat rumah she pakai the normal house attire.    Aku and kakak selalu gelakkan dia sebab dia akan pakai t-shirts / seluar yang sama which tiap2 kali  aku nak buat laundry, akan ada t-shirts or seluar2 tu untuk dibasuh.  Usia some of the t-shirts / seluar dia pakai dah memakan bertahun.  Semua dah terlalu stretch-able.    Banyak reason lagi why kami selalu gelak. Disebabkan dia suka and felt so comfy, dia tak kisah at all.  Tapi tiba2 satu hari tu (baru2 ni la) dia tanya pasal baju kelawar.  Terkejut aku!  Ni mesti ada apa2 - anak dara aku tiba-tiba hilang ingatan!  Aku  nak gak tanya - "you demam ke?".  Tapi disebabkan dah lebih kurang tahu jawapannya, aku diam je.  

Young ones in love begitulah.  Learn - every step of the life and be careful... Nak cakap pasai baju kelawar je.  So tak boleh nak bagi ceramah free.  Lari dari topik ...

Thursday, June 7, 2012

Secrets, scandals, scoops...

Just a short one - we saw stickers posted on few taxis the other day - Secrets, Scandals, Scoops.  I asked the meaning - kakak was explaining the professional meaning of it.  But my mind raced to a conclusion - it is us....!  We were all laughing about it - and not to forget the jokes that we made - i am putting in on this blog for us to remember. 

Adik - a weird creature full of secrets though all are open ones.  Though how much she wanted to keep whatever under wraps, her looks always gave way.    Aku selalu kata - I am your mother - so no secrets between us.  Even if she does, kakak would help spill out almost all and immediately.  Scandals and scoops tu antara aku dengan kakak (we are the weirder creatures!) kot.  We shared so many things - so, so, so many from life to love stories to jokes and to nothing.  Thanks, kakak.  And adik, say thank you to us - NOW!.  We realized so many of your dreams already.... Remember our deal.

Wednesday, June 6, 2012

3D-tribe...


Our houseslippers.  Should belong to the 3D_tribe (that's me, adik and kakak).  The black with design belongs to Adik.  One thing yang aku realize - dia akan pakai ni saja.  Tak main la nak pakai orang lain punya.  Even if aku terguna hers, dia akan kata "ma, that's mine".  Aku akan kata "you guna mine la dulu".  Jawapan dia "no, that's mine".  So aku bagi balik and uses mine - the green one - sambil mengomel "adik, do you know that anything around the house belongs to me!".  Weird, tapi itu la adik - dia memang particular.  Aku dah biasa with her style so tak kisah la.  Kalau nak ber-debate dengan dia pun tak guna.  Memang la aku menang sebab aku mak tapi menang yang tak best...Dia akan buat aku rasa tak best.  That's my baby yang sekarang tengah angau!  Nak tau the pink one belongs to whom?  Tak de sapa - kakak main pakai je sapa2 punya.  Kadang2 dia tak pakai slipper pun around the house.  Simple giler minah ni... Tapi dah dua kali someOne datang rumah tolong 'masak' and uses this pink slipper.  So now adik particular la sapa yang pakai.  "Adik, anything in and around the house belongs to me!".  Bak kata kakak "do I look like I care...."  Sorry, adik... 
Sekor lagi yang ada rupa "do I look like I care".  Yes, this is Fatso.