Friday, April 8, 2011

Long Mah & 'Bok'.....


I went back to Sg. Korok few weeks back. Just a day trip. Balik visit kubur arwah ayah, arwah tok & tok wan in Sg. Korok and later to Masjid Bukhary, visiting kubur2 my late grandmother (sebelah mak) and aunties. Balik masa tu memang niat nak visit all the kubur. Alhamdulillah, mission accomplished! In Sg. Korok, managed to also visit my mak sedara whose husband passed away last December. This uncle, we called him Njang 'Ad was ayah's cousin. After ayah passed away, we turned to him for help on lots of things. Whenever we managed some collections for masjid, for tahlil, we turned to him for help. Hearing the wife recollecting his last moments was quite a sad affair. Njang Som was a strong woman but this strong woman succumbed to the sadness and cried. I cried too! Melodrama sungguh! But this is life. Njang 'Ad has gone to meet his Creator. Our time will come. Sooner or later - no one can tell. After the sad episode dekat rumah Njang Som, I left to visit another aunt, Long Mah. Long Mah dengan Njang Som are biras (their late husbands were brothers). Long Mah dah tua. She was telling my girls that her age dah close to 100! She can't walk anymore, mengesot saja around the house. She was alone at home when we arrived. I asked her - "Long kenai dah cek?". Dia jawab - "Bok ka?" Bok is my sister. When I corrected her, dia angguk. "Ohh.. Da. Bok tak mai?". Dia ingat my sister ja. Hushhh.. how sad. Tapi tak pa. Aku sembang-sembang dengan dia, a lot of things. Dia ingat kami kecik2. Dia ingat arwah ayah. She told my girls about us kecik2 dulu. Before I left I took picture with her. She cried when I hugged her goodbye. Between her soft sobs and my sadness, I heard her saying "Bok mai lagi na? Bawak suami sekali"! That point of time, I did not correct her anymore. Basically I walked into her house as Bok, sembang-sembang as Da and finally left her as Bok! I hope my next visit, I will be able to see her again, insyaAllah. Maybe as Bok jugak. Can't blame her - we sisters in our age now mostly looked alike. Mak pun kata - anak2 dia semua pakai tudung pipi nampak macam ubi kentang! Wow.. that's mak. Dia pernah kata - aku tak boleh jadi 'datin' sebab aku 'samseng pak lohor'. Agaknya orang Kedah saja tau apa makna samseng pak lohor tu. Or maybe mak aku sorang ja yang tau. Wallahua'lam!

I love reminiscing those days, walau dalam serba kepayahan, we had fun. I missed my kampung house buat most of all I missed arwah ayah. Alfatihah untuk semua yang telah meninggalkan kita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Tidak beriman seseorang kamu, sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri." [Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim]

Thursday, April 7, 2011

Seteguk Air .....



Hidup ini adalah sementara
dan kita persis
seorang pengembara
yang sesekali
singgah berteduh di bawah pohon
untuk melepaskan dahaga
setelah letih daripada
sebuah perjalanan jauh.

Seteguk air
yang kita minum di dunia
adalah sekadar pelepas dahaga
tetapi di akhirat kelak
kita akan berhadapan
dengan kedahagaan lebih dahsyat
ketika mentari
berada sejengkal di atas kepala.


Sedarilah
dunia hanya sementara
dan akhirat kekal selama-lamanya.


Zahari Hasib,
Teluk Intan, Perak (sajak dipetik dari Majalah Milenia - September 2009)


Sabda Rasullah SAW yang bermaksud :

"Syaitan itu berjalan pada manusia melalui jalannya darah, maka sempitkanlah tempat perjalanannya dengan lapar dan zikrullah". {Hadis riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud}

Wednesday, April 6, 2011

Seloka Sg. Korok


It has been a while since I last updated this blog. Had been very much tight-up at work. Now and then, thought of updating with life happenings, but nothing materialized in the end. Not to allow this blog to be in hiatus, I am putting in a 'seloka' written by my sis, Haiza. Those nostalgic memories of our chilhood. She wrote it perfectly! Once a while I would browsed through my old file and read this over and over again. It surely brings back a lot of memories. She wrote it and mailed to all sisters on April 16, 2005. I did not secure her permission to publish this but the credit is hers. Here it goes :-


Mari tuan marilah puan
Dengarkan kisah aku ceritakan
Tersebutlah kg si Kebun Pinang
Di Sg Korok yg terbilang..

Ayahku guru, ibuku cikgu
Tok wan pulak Tok Penghulu
Terpaksa jaga tingkah laku
Takut-takut ditimpa malu..

Titi Tok Wan nama diberi
Menyimpan kenangan seribu erti
Sungai depan menjadi saksi
Kawan kita dilanggar lori..

situlah tempat menunggu kenderaan
kesekolah, kepekan berbagai tujuan
tak payah tunggu berjam-jam
buleh pilih lak tu, bas kegemaran!!

9 bersaudara berbagai tingkah
buat mak ayah pening kepala
bergaduh bertumbuk perkara biasa
putuih kelambu bukti yang nyata..

malam berjaga mengekek ketawa
ditepuk lantai pun tak bermakna
bukan apa, nak hilang penat
siang kena pi kedai Ndak Mat...

Tok Ngah Bedah bintang pujaan
Rasyid ikan pun apa kurang
Kelin Seghegom menggerunkan
Roti cicah gulai semalam....

Suatu tengahari yg sunyi sepi
2 bersaudara dah buat plan rapi
meratah lauk agenda dihati
tapi sayang 'makguard' sedari...

Si sulung solat tak khusyuk dihati
dengaq tudung periuk hati dah berapi
di sergah 2 bersaudara pucat lesi
apa lagi..otak ligat nak lepas diri....

seperti biasa mencari mangsa
kononnya kucing punya angkara
hudoh no perangai kita
kesian shiha, memendam rasa....

anak ke 6 ada uniknya
disangka bongsu tidak rupanya
dibelai dimanja ayahanda sepenuhnya
ke sana sini sentiasa dibawa...

3 Sya lain kisahnya
dimanja ditatang sepenuh jiwa
kisah duka saudara yang tua
sukar dimengerti bongsu bertiga...

ingat lagi...
Uji Rsyid dan Sharifah Aini
D'Loyd dan Broery
Bionic Woman dan Lost inSpace
Donny &Marie dan Peyton Place?

Ingat tak lagi buah pelam konen
tak sabar-sabar menunggu morning?
juga jelapang padi tok wan
jadi 'playhouse' menzahir impian!

Roti mayat snack istimewa
kala petang mula menjelma
then roti planta menempa nama
meleleh ayaq liuq kongsi bersama...

Mi Cintan setahun sekali
selepas menyambut Aidilfitri
hasil duit raya yg diperolehi
kaya la Tok Bedah sekali lagi...

apa yang ada itulah dimakan
takdak ikan, ada sambal teloq dan ikan tamban
yang sedikit dikongsi bersama
agar adil sama merasa...

kala duka datang bertamu
ke rumah Wa Me'ah mencari suaka
pokok sawa dan pokok jambu
juga tempat penenang jiwa..

sepoi-sepoi angin berbahasa
di belakang rumah bersuka ria
sungai mengalir damai terasa
hilang tension 9 bersaudara...

bila hujan ribut melanda
dikejut emak 9 bersaudara
berselimut berpeluk di atas tangga
debar menunggu bilakan reda...

diletak kukoq di depan pintu
disangka penghalang ribut menggila
kekadang letak jugak penyapu
Allah jua pelindung kita...

Sukar sungguh tika membesar
penuh rintangan berbagai dugaan
kebal, matang, tegar, sabar
membentuk kami menjadi insan...

bukan semua yang caca-merba,
ada yang okay, ada yang berjaya
ibarat pepatah sang pujangga
tuah ayam dikakinya
tuah manusia Allah penentunya....

kini..
masing-masing meniti usia
mencari rezki dibumi Tuhan
bila rindu menggamit rasa
bagai beburung pulang ke sarang..

terima kasih emak dan ayah
membesarkan kami serba payah
pengorbanan dan kasihmu tiada penyudah
penyuluh hidup senang dan susah...

marilah saudaraku kita renungi
seloka madah menghibur hati
juga untuk menginsafi diri
agar kita tetap mengasihi....

norhaiza, tmelati.

"That was what made us what we are now - syukur, alhamdulillah"