Monday, May 21, 2012

Anak Kedah ......

Macam real ja - macam so patriotik, so kenegerian.  Tapi sebenagnya nak remind dighi sendighi ja bahasa ibunda-ku.  Kot2 dah lupa, almaklumlah dah close to tiga puloh tawon dok kl.  Mengkala-mengkala kena la peghingat dighi yang mudah lupa ni.  Umug pun dah dekat lima puloh tawon.  Opps..jangan cakap lima puloh tawon ... allergic ni..  Che det kata melayu mudah lupa! Aku mungkin masok kategori melayu.... what could be worst is kalau-kalau termasuk kategori melayu mudah lupa.  Bahaya ni - haghap2 tak terlewat nak ambik pil ceghegaih minda.  Scary, scary.  Anyway, here it goes.... (speaking sat).  Apa saja yang mai kat kepala -

Hawag   :   Naughty tahap gaban.  Gaban tu apa hah?  Ghasanya bukan bahasa Kedah.  Tak pa lah, ni kes ciplak bahasa oghang.  Actually someone reminded me of the word seminggu lepaih.  Selalunya ayat yang kita guna lebih koghang cam ni - "awat la hawag sangat budak ni!".  Paham kot no.

Tawag hebiag  :   Pait (pahit - bahasa kl) tahap gaban.  Gaban lagi!  Tak pa la, sat gi kita caghi perkataan lain pulak.

Jebon  :  Jahat ka, hantu ka tak tau.  Dok loncat luag ghumah sampai senja, tak gheti-gheti nak balik, bila mak maghah dia kata "awat suka dok jadi macam jebon tak tau".  Tu satu.  Satu lagi - bila malam adik2 dok gheyiau, mak kata "hah, gheyiau sat gi jebon ambik".  Opps... gheyiau tu maksudnya nangis.  Konteks ayat tadi makna jebon tu lebih koghang hantu kot.  Jahat pun kadang2 oghang panggei hantu gak kan?  Hah, at least tak guna word "gaban" lagi dah!  Improvement...

Geghek  :  Basikal.  Celek2 mata, sedag2 dah panggei geghek.  So tak leh la nak explain pasai apa.

Ghimbok  :  Tumbuk - macam dalam kes gangster gaduh2, tumbok pi mai pi mai - tu la ghimbok.  Kalau timbok lain lak, mak kalau dia buat kueh baulu, dia timbok telog sampai naik.  Maksud timbok dalam konteks mak ialah beat the eggs till fluffy (konteks masterchef).

Hinggut  :   Goncang - macam goncang buaian baby, bukanlah jenih hayun had cam buai-buai laju tu.  Dalam konteks ni goncang2 sampai baby tu penin dan teghuih lena balik.  Mak-mak buleh buat gheja dengan aman damai.  Ayat mak kat aku dulu2 (pasai aku kena jaga adik2).  - "hinggut ndoi adik tu, jaga sat gi, mak nak buat gheja ni".  Gheja apa tak ingat la dah.  Jait baju kot atau paling jauh mak pi - dia akan ke pekan pi karan ghambut.  Paham semua?  Penin, penin.  Depa2 ni (sisters yang membaca) sila bertima kasih kat aku!

Ceghin  :   Meremang bulu roma (ceh, ceh speaking kl).  Ayat oghang Kedah - "ceghin bulu ghoma aku" - kes takut hantu la kot.

Cunggit  :  Senget.  Tapi ada jugak papan jungkat-jungkit (see saw) - ala.. had oghang dok main kat taman tu - kat kampung aku panggei papan cunggit.  Pelik, pelik...

Cengei  :  Gaghang.  "Ayah aku dulu2 cengei, dia jegei ja, semua dok diam".  Hah, paham dak - cengei is garang, jegei is beliak-kan mata.

Punggai  :  Lempag  (kl kata lempar or baling).  Senang tu.  Tak yah elaborate.

Tibai  :  Pukul.  Senang jugak - no elaboration needed.

Cemuih  :  Jemu.  Lagi senang - aku haghi-haghi ghasa cemuih.  Cemuih kat apa or sapa tak tau!

Toyu  :  Kicap.  Jangan tanya pasai apa jadi toyu.  Ghasanya brand kicap dulu-dulu kot.

Ligan  :  Kejag (kejar).  Main kejag2 dulu panggei "aci ligan".  Kami dulu2 terer la main aci ligan.  Awat dak, tu ja antagha outdoor games yang ada.  Lagi pun buleh main dengan the boys.  Kalau dikenang-kenang masa tu, the boys yang main aci ligan sama2 masuk kategori hensem gak.  Hensem cagha dulu-dulu la.  La ni tak tau jadi apa kat depa dah.  Eh, eh kalau jumpa dan masih ingat time tu, malu kot.  Ghasa aku ada jugak la mamat-mamat tu yang dah nyanyok.  Baguih jugak, at least depa tak ingat aku yang sungguh buaih, suka keghabat (panjat) pokok ceghemai and pokok jambu.  Ish, ish, awat la lagu tu.  Kalau tau aku nak dok kl la ni and ghasa glamer sikit, tobat lahum aku tak main panjat2 pokok.  Tobat aku jadi gadis kampung yang sungguh bersopan santun.  Macam lagu M Daud Kilau - minah utara - bersopan dan bersantun - pandai lah pula bersajak dan berpantun.  Lebih koghang cam tu la lirik dia.  Sebab aku dulu buaih sangat, tak gheti la nak bersajak dan berpantun!  Ish, melalot la pulak.  Nak ceghita makna "ligan" ja sebenagnya.

Kelepiag  :  Dok goyang-goyang tangan.  Nak explain further pun tak gheti - kena tunjuk la pulak.

Keghaih kedekong :  Keras tahap extreme.  See .... at least I manage to avoid the other "word".

Cempegha  :  Kelam kabut, huru hara.  Contoh ayat - "Yang hangpa dok cempegha sangat ni pasai apa, nampak hantu ka?"

Pulaih  :  Pulas / putar

Kawag  :  Pencuri.  Kawag kat kampung suka cughi keghebau.  Oghang jeghit kawag, kawag - kami lena ja.  Tak leh tughut sama, kami kan up sikit pasai cucu tok penghulu (peghasan habih!).  Dak aih, bukan pasai tu, pasai kami ni penakut especially dalam situasi yang hingag bingag kami jadi DG.  Kawag tu bukan nak masok ghumah pun, dia kan bawak laghi keghebau, macam mana nak masok.  Mana leh invite2 keghebau tu sama! 

Loglag  :  Cuai

Menghenyeh  :  Maksud lebih koghang - dok gelak2, sengeh2, masuk kategori gatai.  Ayat mak "tok sah dok menghenyeh kat situ, pi balik masak nasik, dah petang".  Aku tak pernah la kena masak nasik, tu gheja kakak aku.  Sorry sis!  Tapi kakak aku tu tak pernah menghenyeh pun, aku ja. Dia gadis pingitan!

Belemoih  :  Comot.  Opps...kami dulu tak belemoih k.  Kami anak cikgu, so up sikit!  Aku suka pakai skirt kembang, naik geghek.  Laghi topik sikit - saja nak habag kata cun masa tu!  Oghang lain mana pakai skirt, depa pakai kain batik.  Aku sampai la ni tak gheti pakai kain batik.  Ada kain batik hantag tailor soh jahit bubuh zip dan buckle.  Senang pakai.  La, laghi topik sungguh.

Pulun  :  Bersungguh2.  "Pulun mengaji la dia ni".  Tu kigha hardworking la tu.

Habag  :  Bagi tau

Cek  :  Saya

Celiuh  :  Muat

Seneghih  :  Calar

Mandom  :  Lembik.  Mother-in-law aku oghang Penang - dia selalu kata mandom salam kat kami2 yang kadang2 lembab.  Chop, aku dak.  Anak2 dia yang mandom salam.  Aku aktif sokmo (eh, kelate pulok).

Ketegag  :  Degil.  Mak selalu kata masa kami kecik2 - "Awat la ketegag sangat hangpa ni, nak jadi jebon ka?".  Hah, tu dia.  Paham kot no.

Ada jugak bahasa oghang putih yang di-melayu-kedahkan oleh oghang Kedah.  Antagha nya - gostan (go astern - undur), seken (shake hands), stenbai (standby), segerup (in a group), kolet baih (bus ticket collector).  Laghi topik sikit no - dulu aku ada minat kat soghang kolet baih - hensem kot tapi tak dan nak main-main mata sebab bila sampai stesen baih, dalam dok malu2 kucin nak berkenalan, pusin2 nampak macam kenai satu pakcik ni dok belakang tiang stesen baih.  Memang kenai - tu ayah aku.  Ha, ha...scary kot!  Ayah cengei.  Aku takut, ghasanya kolet baih tu lagi takut kot.  Tak dan berkenalan, aku cuma tau nama dia ja.  Macam mana tau pun aku tak ingat dah.  Dia pun tak mau kot kat aku - under age!  Lagi satu - hangpa ingat dak game polis sentry (sebenagnya bila dah besag baghu tau - it's police and thief).  Best main game tu.  Ghamai boys main - mana pi budak2 pompuan kampong aku tak tau.  Tak ingat pun aku main dengan depa!

Ok lah, banyak dah tu... aku punya growing up times yang penuh dengan kaler-kaler!  Semua kaler ada - you name it!

Apapun aku bangga aku anak Kedah....


Sunday, May 20, 2012


SomeONE wrote someONE's initials on his golf balls.  I asked "satu ni je ke?"  He said "tak, semua".  How sweet!

SomeONE had her dental braces in GREEN coz that someONE's favourite colour is GREEN.  How sweet!

SomeONE bought that someONE GREEN golf T-shirt.  She made me drove all around Subang, sesat barat bagai to look for MST golf.  

SomeONE look so disturbed.  I knew that look!  

The beauty of being young and LOVESTRUCK!


May Allah bless you both with success and happiness always....

Friday, May 18, 2012

roller coaster emotions .....

Rasa hati... sat gembira, sat rasa sedih tak tentu pasai.  Sat rasa nak gelak, sat tu rasa nak menangis.  Perasaan yang macam-macam.  Sat insaf, sat lalai balik.  Awat jadi lagu tu pulak.  Pelik sungguh perasaan ni.  Dah, dah.. jangan dok layan bisikan pelik-pelik.  Then reality sinks in... "linda, can I get the salary slips certified, please".  La, aku kat opis!  Ok, ok pi buat kerja.  It's going to be end of the day soon.  Have a restful and enjoyable weekend everyone. 
My take - 
Dealing with "living in circles" situation will always require a daily effort - a daily re-commitment to your values, daily meditation, daily renewal.

Monday, March 19, 2012

Mak....

Hari ni hari lahir mak yang ke 74.  Kena tulis dalam blog - nanti dia merajuk.  Lebih kurang macam ni lah katanya nanti "owhh... adik2 lain hang tulih ucap selamat hari jadi, mak hang tak tulih"!  Hence this posting and here it goes....

Mak - selamat hari lahir.  Semoga Allah swt sentiasa merahmati kehidupan mak dan moga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.  Kita selalu cakap - "namapun dah tua, sakit-sakit tu dah biasa - janji dapat tenaga dan kekuatan nak beramal sesempurna yang mungkin, insyaAllah".  InsyaAllah, kami semuakan doakan mak.  Selamat hari lahir - SAYANGGGG MAK!!!!  

Mak rindu nak balik kampung.  InsyaAllah ada peluang nanti kita balik...

-rumah mak yang dia rindu sangat nak balik-

Friday, February 10, 2012

If I could catch a rainbow ....

Looking through some old and almost worn-out files, I found stacks of printed inspirational quotes / poems which I thought of sharing.  I will once a while publish and share the ones which I love and definitely brought a lot of meaning to life so that when I am done - I can throw the files away.  But the memories stays .....


If I Could Catch A Rainbow
(by Sandra Lewis Pringle)


If I could catch a rainbow
I would do it just for you
And share with you its beauty
On the days you are feeling blue


If I could build a mountain
You could call your very own
A place to find serenity
A place to be alone


If I could take your troubles
I would toss them into the sea
But all these things
Are impossible for me


I cannot build a mountain
Or a catch a rainbow fair
But let me be what I know best
Someone who will always be there ....

@@@@@
"The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched.  
They must be felt with the heart."



Wednesday, February 8, 2012

Birthday wishes ......

Sisters, apologies for not being able to post the wishes individually on the respective dates. The January & February birthdays are all now in one post.  Better than none .......

28th January - Zurina Hasbullah.  Happy 43rd birthday, sis.  Things change over the years.  Distance separate us.  But the special bond we share will always keep us forever close.  Mudah-mudahan segala urusan mendapat redha dan keberkatan Allah swt.  Dan semoga sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta.  

4th February - Haiza's 46th birthday.  All the special thoughts for you and the special wishes for the finest and the best things in life.  You deserved it.    Special thanks for the sweet memories of us growing up together.  Happy birthday, dear and guess you had enjoyed the day.  

7th February - happy 38th birthday my dearest sis, Sharosniza.  Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berterusan dan semoga semua yang diimpikan tercapai.  Thank you for being one of the best ones around .  May Allah bless you always, my dear.    Hope you like the birthday prezie though it was not a surprise!!


To all my sisters ;




Thank you.  I am so blessed to have sisters like you.  

Trip down memory lane .... again

  
Ihsan happily doing the 'chicken dance"


KL kids jadi budak2 kampung...

Layan depa ... sambil borak2 minum petang .. 

Comotnya .. tak tau Irsyad ke Ihsan ni!
December 2011 yang lalu, aku balik kampung.  Banyak plans yang tak tertunai masa tu.  Bukan apa, bila dah dok relax kat kampung, jadi malaih.  Tapi, the important ones dapat la buat.  Rasa cukup la tu - rasa berbaloi la jugak the last trip.  21st January (CNY holidays) aku balik lagi.  It was a last minute decision and an unplanned trip.  Bila hubby cakap nak balik Kedah, aku sungguh terkejut dan terharu. Walau pun the trip is more for him to play golf at Bandar Darulaman, I can still have my share of 'excitement' there.  The girls pun tengah cuti, so molek benar la tu!  Bertolak on Saturday - jem giler - kita sampai Alor Star tengah malam.  Terus ke Hotel 'T' - nasib baik ada bilik.  Tu pun bilik yang we all nak dah fully booked, so ended up cramping in one room with two single beds.  Jadi la, nak tidog saja.

Next morning, after sending hubby off to Darulaman for his golf - berjalan2 around town sekejap, then balik rumah mak lepak there till almost maghrib.  Walaupun rumah kampung, and nothing to shout about - I love being there.  I love being surrounded with past memories. Pelik, kan?  Past is past, yes I agreed, but seronok bila dapat meng-reminisce kisah dulu2.  Dah dekat maghrib, sebelum gelap kena la balik hotel and then fetch hubby at Darulaman GC.  It was a fun day, playing with my niece and nephews, Sofeeya, Nafiz and his twin brothers - spoiling them.  Mak depa mana berani nak marah!

Esoknya sama.  Drove to Darulaman to drop hubby off for his golf - again.  Beli breakfast hantar balik rumah.  Before that, singgah kubur ayah, sedekah doa and bersihkan kubur.  20th Jan exactly 8 years ayah pergi menemui Penciptanya. Alfatihah buat ayah.  InsyaAllah, doa kami takkan pernah putus.  After sending packets of nasi lemak back home, kami keluaq pi Tesco.  The day before masa kat Tesco, nampak kedai kain, so planning-planning nak beli untuk mak for her baju kurung.  Alhamdulillah dapat beli 4 pasang for her.  Then beli some toys for the kids.  Balik rumah, same routine - lepak, makan, sembang2, gelak.  Oohh... bestnya.  We plan and hope to be able preserve the house, which needed some repairs actually.  Mudah2an plan dan harapan menjadi kenyataan.  Like the day before, I left just before maghrib.

Pagi Selasa, lepas breakfast kat area Darulaman, we drove off back to KL.  It was tiring but worth it.  Part of me felt empty and nostalgic .. again.  Agaknya dah tua kot.  Anyway, I had this faint hope in me - that aku ingin nak menghabiskan hari tua nanti at my birth place.  Doaku mudah2an dipermudah dan menjadi  kenyataan - insyaAllah...  Tak leh cakap banyak2, tak jadi terus nanti.  Banyak yang perlu difikirkan dan diselesaikan di sini.  Kita mampu merancang, ketentuan Allah swt mengatasi segala-galanya.