Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Again .....

Salam Ramadan dan selamat melayari sepuluh hari terakhir Ramadan.  Kita di fasa terakhir pada bulan penuh barakah ini.  Suasana raya dah terasa.  Lagu-lagu raya mulai dimainkan di radio-radio dan shopping mall, supermarket semua penuh dengan manusia-manusia yang bersemangat nak beraya.  Meriah dan riang ria sungguh.  Ni sepuluh hari sebelum menyambut raya.  Sepuluh hari sebelum menyambut Ramadan, bagaimanakah kita?  Gembira? Meriah?  Gerenti ada yang sedih, risau tak dapat makan minum seperti biasa dan juga nak kena jaga adab-adab susila berpuasa.  Sekadar renungan - tidak kah kita takut ini Ramadan terakhir kita?  Dan hanya tinggal beberapa hari saja lagi yang tinggal untuk kita merebut ganjaran Ramadan yang berlipat ganda.  Kita semua berharap dipertemukan dengan malam Lailatul-Qadar yang hanya berlaku pada satu malam daripada sebulan bulan Ramadan.  Jadikan pencarian ini sebagai motivasi untuk kita berebut dan berlumba-lumba memburu pahala dan ganjaran berlipatganda sebagaimana dijanjikan Allah swt.  Merugilah kita yang luput dari peningkatan ibadah pada hari-hari sepuluh terakhir ini.  Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita ketakwaan dan keluarnya kita dari Ramadan nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka.  InsyaAllah...

Ye, panjang tazkirah.  Ini peringatan buat diri aku.  Nak buat assessment Ramadan setakat ini pun takut sebenarnya.  Amidst all the limitations, aku cuma mengharapkan yang terbaik.  

Marissa Yasmine - yes, a date to remember - 08.08.12.  Put in mind all those I have said and advised.  Anyway, nice to see those smiles again. Always be strong.  Whenever your heart feels lonely and sad - close your eyes and remember those precious times.  Dreams do come true...

"Always be true to your heart for dreams are wishes your heart makes"

Wednesday, August 8, 2012

Today....

Mhmmm....a date to remember - again.  19th day in the blessed month of Ramadan.  Cepatnya masa berlalu.  Ramadan akan meninggalkan kita in less than two weeks.  Setakat mana ibadah dan amalan kita?  Diterima Allah kah ibadah dan amalan itu? Andai kita sudah lakukan yang terbaik, alhamdulillah.  Mudah-mudahan kita sentiasa dalam rahmat dan barakah Allah swt.  

Came across this siri tazkirah on Sabar.  Let's share.  Allah swt telah mengingatkan kita tentang hakikat kehidupan di dunia yang tidak sunyi daripada ujian dan musibah.  Sesiapa yang berjaya menghadapinya dengan sabar, akan ada di sana janji-janji indah Allah swt.  Yakinlah ujian kehidupan yang ditimpakan tidak pernah sia-sia.  Pastilah kerana kasih sayang Allah untuk melihat sejauhmana kedudukan seseorang hamba kepadaNya.  Kesan daripada kesabaran, ia akan membuahkan kebaikan, rahmat dan mendapat hidayah petunjuk daripadaNya.  Dari aspek yang lain, musibah yang berlaku adalah untuk menghapuskan dosa kita.  Ia begitu cantik disusun oleh Allah sebagai tanda kasih sayang terhadap seluruh hambaNya.  Justru itu, bersabarlah dalam menghadapi ujian hidup.  Yakinlah Allah swt sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

Yes, cakap pasal sabar.  Pagi tadi aku and kakak kena naik LRT mai office sebab en. hubby nak kena hantar kereta pi servis.  Dia kata we all lambat.  We all lambat?  Macam tak kena je statement tu.  Apapun sabar, sabar.  And that was the first time aku naik LRT waktu pagi.  Wahhh...meriah sungguh.  Ramainya orang.  Beratur ikut queue.  Sabar, sabar.  Dapat tempat duduk kat Priority Seating Zone (dikhaskan untuk warga emas and OKU).  Aku cakap kat kakak, aku warga emas so aku boleh duduk.  We made jokes (a lot!).  I leave it to her to elaborate on the jokes.  When I laughed kakak marah, dia kata "Haishh.. mummy, stop it - mana ada orang yang gelak2 macam ni pagi2 buta - tengok orang semua serius je".  Then aku realized - betul la.  Muka-muka dalam LRT pagi-pagi buta ni either mengantuk (yang dapat duduk mostly tersandar and membuta!)  dan serius (yang kena berdiri).  Apapun, I still had fun laughing at the lame jokes yang aku sendiri create.  Kakak jadi partner untuk gelak je.  Aku turun kat station KLCC and kakak kat Ampang Park.  Nak dijadikan cerita, bila turun je dari train aku jadi blur kejap.  Eh, mana la pulak jalan nak ke office aku ni?  Ikut je lah orang ramai.  Tiba-tiba aku rasa macam jauh sangat aku jalan.  La...awat lagu tu?  Rupa-rupanya aku salah jalan, salah ikut orang.  Bila aku keluar kat pintu aku nampak Avenue K.  Haishhh...jauh tu dari office aku - seberang jalan lagi!  Patutlah rasa lama sangat  aku jalan tadi.  No choice aku kena patah balik (backtracking my path). Baru jumpa jalan ke Suria KLCC.  Wahhhh... berjaya, berjaya, aku finally jumpa jalan ke office aku.  Sabar, sabar.... Lyana Inessa, don't laugh.

Somebody's schooling today.  Yesterday was her off day - home study.  Met her teacher at bazaar semalam, she said more than half the students tak datang termasuk lah anak aku.  Most teachers buat revision saja sebab dah complete syllabus.  Cikgu kata students pun main-main saja, tak nak belajar pun.  So betul la kot decision dia to stay home and study.  Yes, I believed her - dia memang study. Tapi dia masih angau. Marissa Yasmine, there'll always be a date to remember.  So jangan angau sangat ...

"Forever is a long, long time and time has its way of changing things" 
- Fox and the Hound -

Thursday, August 2, 2012

Thursday.....

Sudah 13 hari kita berpuasa.  Mudah-mudahan Ramadan setakat ini telah menjadikan insan yang lebih baik. Mudah-mudahan kita semua sentiasa di bawah rahmat dan lindunganNya.

Since the past many nights balik lambat and also tidor lambat with all our sleeping patterns jadi haywire, so malam tadi cuba juga tidor awal sikit.  Balik from tarawih, had some fresh fruits and fibre drink (yyucckss) and then plan nak tidor.  Eh, tak lah.... aku sempat buat laundry lagi.  Adik slept first, dia kata tired and sleepy.  Haishh... dia je la yang tired and sleepy!! Aku and kakak watched The Omen for a while.  Dah banyak kali dah tengok.  Tiap-tiap kali tengok aku mesti nak tanya sapa mati, sapa hidup hujung-hujung cerita.  Bila kakak cerita endingnya (walaupun aku dah tau), aku pun tidor.  Tak payah dah tengok.  En. hubby marah aku suka tanya, so baik lah aku tidor daripada kena berletiag.  So we left en. hubby to watch the movie alone.  Tapi aku rasa dia tukar channel lepas kami tidor sebab dia mintak remote control.  Bangun for solat and sahur, walau pun tidor a little bit early, letih tu tak jugak hilang.  Bila la aku nak dapat balik all my energy ni....

In the office as usual.  Finishing up work.  Planning to be on leave next week Monday, so I only have tomorrow to clear the ones with datelines.  Was at the surau tengahari tadi for solat zohor berjemaah and tazkirah by Ustaz Dr Mohd Shafie Md Amin Al-Hafiz.  Tazkirah on Ramadan dan Al-Quran.  Ustaz sebut pasal how Al-Quran can make us a better person.  Dia sebut juga pasal assessment of our Ramadan so far.  Produktif ke tidak.  Mostly about pentingnya kita membaca, mempelajari dan memahami al-Quran.  Ramadan adalah bulan al-Quran.  Istiqamahnya kita walaupun setelah selesai Ramadan bererti kita berjaya.  Allah amat menyayangi al-Quran.  Kalau kita mengikuti SOP al-Quran dalam kehidupan kita juga bererti kita menjadi hamba yang disayangi Allah.  Opps... SOP tu Standard Operating Procedures.  Kat ofis-ofis wajib ada SOP ni and staff mesti bekerja ikut SOP.  Kita ikut SOP kat tempat kerja bagai nak rak.  Takut kalau tak ikut SOP ofis - nanti tak boleh naik pangkat, tak naik gaji.  Tapi kita lalai dengan SOP yang Allah dah gariskan melalui al-Quran.  Allah maha pengasih, maha penyayang, maha pengampun - kalau ikutkan kita yang lalai ni, dah lama Dia jentik masuk neraka.  Tapi Allah tetap bagi kita peluang, peluang bernafas, peluang bertaubat.  Dengan peluang inilah, kami semua ada kat surau tu tadi.  Ustaz cakap kalau kita kata kita sayang Allah, kita sanggup buat apa saja suruhanNya, suruhan yang membawa kita ke syurgaNya.  Macam manusia yang sayang kat manusia lain, sanggup buat apa saja - kalau kekasih nak makan nasi dagang yang Terengganu punya pun sanggup naik AirAsia pagi balik tengahari bawak balik nasi dagang!  Tu namanya cinta.  Cinta kat Allah bagaimana?  Apa yang telah kita korbankan?   Minta pada Allah kita dapat keluar dari Ramadan menjadi insan yang lebih baik, insan yang disayangi Allah, the best in the eyes of Allah.  Banyak lagi ustaz sebut, aku tak bawak buku and pen nak tulis, so harapkan yang aku ingat saja lah.  'Warga emas' pi kelas, macam ni lah...

Somebody is still looking forward to this weekend?  I should think so.  Always remember what I've told you, what I've said.  I want the best for you.  So, no more tears tau.  

Kakak merajuk sebab aku tak bagi dia duit prom since adik asked for some last night.  Tapi prom dia dah berlalu dah more than five years ago!  No longer valid right??

"No regrets - just life lessons learned along the way"

Saturday, July 7, 2012

Ciri-ciri suami terbaik...kata Ustaz Azhar Idrus

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. Honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik, hati baik, tak menipu.  Tak delah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia.  Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang tau..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tak delah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cun, duk tengok bini dia je walaupun bini dia tak cun.  (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)
#UstazAzharIdrus

Friday, July 6, 2012

Cinta Allah...cinta Utama



Cinta bukan
melemahkan hati,
bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis sedu sedan.
Tetapi cinta menghidupkan penghargaan,
menguatkan hati dalam perjuangan,
menempuh onak dan duri penghidupan.
~Hamka~

Friday, June 29, 2012

Worth sharing .....


Cleaning my mailbox, came across this forwarded mail.  I thought it is worth sharing. Saja nak bersedihan pagi-pagi ni.  Tapi sesungguhnya hati memang tersentuh bila membaca, inilah realiti kehidupan.  Mudah-mudahan kita dilindungi Allah swt dari dosa dan kelalaian seumpama ini.  Hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada.....


MANA MAK???

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.  
 Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"  Ateh  menjawab, “Entah.” 
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"  
Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 
Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. 
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 
Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. 
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telefon untuk beritahu mak sakit tenat.  
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    
Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu.  Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa.  Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.  Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Friday, June 22, 2012

Selamat berhari Jumaat....


Assalamualaikum wbt.  Kita bertazkirah serta ingat-mengingati sikit lah pagi ni.  Later when I have the time, I will share the normal daily happenings - insyaAllah.  


I think this is worth sharing ..


--------------------------------------------


Ponder and Practice ...........

Rasulullah SAW said "An intelligent person is one who is constantly thinking about and preparing for death". Thinking about it ... how does one prepare for death?  Read on....

By seeking knowledge of Islam.  So study about Allah, his Prophet {p.b.u.h}, of good deeds and evil deeds.  But knowledge itself is useless without .................

Practicing it.  Perform good deeds, small or big, and avoid all evil deeds.  But all performance is useless unless you are ....................

Sincere.  To do lillahi ta'ala.  But you will never achieve sincerely, as long as you do not have ............

True Faith (Iman).  You must ..
.. truly believe in Allah
.. truly be in awe of Allah
.. truly depend and ask only from Allah
.. truly  hope from Allah
.. truly fear Allah
.. truly put your trust in Allah
But such faith does not come from reading books or talking about Islam or listening to fiery speeches about Islam, it comes from ..........

Striving had in Allah's path (Jihad).  Jihad does not mean going around to convert the world to Islam.  It does not mean waving a sword at disbelievers showing them the 'terror' that Islam can inflict - it means fighting hard to cleanse the evil in yourselves -
.. the jealousy
.. the greed
.. the stinginess
.. the arrogance
.. the pride
.. the laziness
.. the hatred
.. the lack of faith
.. the stupidity
.. the blindness of the heart
.. the backbitting, and
.. all the teribble sins that we do day after day, year after year, until death comes calling
That is Jihad - a full-time job that will take all your life to complete.  But you will never start to strive for all these, until you begin to ................

Realize.  
.. Realize that you will die soon
.. Realize that you will be shown all your deeds (good and bad) on Judgement Day
.. Realize that Allah watches you all your life, and that no deed escapes His repayment
.. Realize that money, fame and property cannot buy your way into Heaven
.. Realize that only Iman and good deeds can
.. Realize that you are responsible for yourself
.. Realize that in the end, you are the one who will gain or lose 
So many people realized, and yet gone astray - why?  They have forgotten the most important thing in Islam ....................

Islam is about YOURSELF.   Correcting YOURSELF.  Cleansing YOURSELF.  Not about fighting with people or proving other people wrong.  In the grave ..
.. You will be asked about YOURSELF
.. What YOU did
.. What YOU said
.. What YOUR intention was
Then Allah will tell YOU, what YOUR final destination is.  Have you thought about yourself lately?  What you have done, what you are doing, what you should be doing?  

May Allah out of His mercy bless us with the ability to do so.  InsyaAllah....

Wednesday, November 23, 2011

Tazkirah: ....mengatasi hati yang masih belum tenang ......


The article below was forwarded to me thru' email a few days back.  Not mentioned  the origin but I thought this is worth sharing.  To the original writer of this 'tazkirah' - semoga Allah swt sentiasa memberkati kehidupan anda.  Read on dan semoga kita semua mendapat sedikit sebanyak ketenangan yang diimpikan...


***************^^^^^^*****************

Mengapa hati masih belum tenang, walaupun setelah berzikir, solat atau berdoa?  Sedangkan Allah telah  menetapkan dalam Al Quran bahawa dengan mengingati Allah,  hati akan menjadi tenang? Khususnya ketika menghadapi ujian, krisis dan kesusahan,  mengapa hati  kita  masih  resah,  kacau  dan  galau  walaupun  sudah berbuih mulut meluahkan  kalimah-kalimah zikir? 

Mengapa  kita  belum  mendapat  ketenangan  sepertimana  yang dimiliki oleh pasangan  Saydina Ali dan Siti Fatimah walaupun kita telah berzikir dengan kalimah Subhanallah,  Alhamdulillah  dan Allahu-Akbar, sama seperti yang pernah  diamalkan  oleh  mereka?  Apa  yang  tidak  kena dengan zikir kita? Bukankah kalimahnya sama? Bukankah jumlah atau bilangannya juga sama?

Tidak  syak  lagi  kita  tidak  dapat  menghayati  maksud tersirat daripada kalimah-kalimah  zikir  itu.  Berzikir tanpa menghayati falsafah dan makna tersirat  di  sebaliknya,  umpama  burung kakak tua yang pandai bertutur. Untuk menghayati makna zikir sehingga meresap ke dalam hati, kita perlukan ilmu, amalan dan latihan. 

Marilah kita sama-sama kita fahami apakah kesan atau rasa-rasa yang  perlu  dirasai  oleh  hati  apabila kita mengingati Allah (berzikir).

Antara rasa-rasa itu ialah:

Rasa kehambaan

Rasa  kehambaan  ialah  rasa  miskin,  jahil,  lemah,  bersalah,  hina  dan lain-lain  sifat  kekurangan  seorang manusia apabila berdepan dengan ujian daripada Tuhannya. Apabila diuji dengan karenah pasangan, kekurangan harta, anak-anak  sakit  dan  sebagainya,  seseorang yang memiliki rasa  kehambaan  akan  sedar  bahawa  hakikatnya semua  itu  datang daripada Allah. 

Firman Allah swt:  “Tidak sekali-kali  akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu)  maka  kepada Allah jualah  hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”

Bila  menyedari hakikat itu, seseorang akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Hatinya berbisik, “bukankah aku seorang hamba? Aku sewajarnya akur  dengan  apa  yang  berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku diuji begini.  “Hatinya  tidak  akan  berkata,  “kenapa aku, bukan orang lain?”

Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang.  Sebaliknya jika kita ‘memberontak’, hati akan bertambah kacau. Lepaskan segala rasa dan pasrahlah kepada Allah.

Apakah  tanda-tanda  kita  memberontak  apabila  diuji?  Kata  Imam Ghazali rahimahullah,  “cukuplah  seseorang  hamba  dikatakan  sudah  ‘memberontak’ kepada  Tuhannya  apabila  dia  menukar  kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila  diuji  Allah  dengan  sesuatu  yang  tidak  disukainya!”  Misalnya, seseorang  itu  tidak  mahu lagi untuk makan dan minum secara  teratur,  tidak  menyisir  rambut,  tidak  berpakaian  kemas, mengabaikan rumahtangga dan membiarkan anak-anak tidak terjaga.

Marilah  sama-sama  kita  ingat,  apabila  ditimpa ujian, kita diajar untuk mengucapkan  kalimah istirja’, “Inna lillah wa inna ilaihi raji’un.” 

Firman Allah swt:  “Iaitu   orang-orang   yang   apabila   ditimpa   musibah,  mereka  berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami  kembali.  (Surah al-Baqarah 2:156).”

Kalimah ini mengingatkan kita agar kembali merasakan erti kehambaan. Bahawa kita  adalah milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti  diuji  kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.  Dengan ini kita  akan  dapat  memadamkan  rasa  marah kepada orang-orang sekeliling, sama ada pasangan, anak-anak, mertua atau sesiapa sahaja anggota keluarga kita. Ya, mereka berbuat demikian atas izin Allah jua!

Rasa bertuhan

Rasa kehambaan yang serba lemah itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Apabila kita rasa lemah, timbul pergantungan kepada yang Maha Kuat. Apabila kita rasa kurang,  timbul  pengharapan kepada yang Maha Sempurna. Apabila kita dihimpit kesedihan semakin kuat  rasa pergantungan, pengharapan, permintaan kita kepada Allah.  Mungkin selama ini kita terlalu bergantung kepada suami, isteri, anak-anak atau orang sekeliling.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina dan lemah, rasa bertuhan akan menimbulkan rasa sabar, tenang dan berani menghadapi apa jua masalah. Seseorang yang paling kuat menghadapi ujian dalam  hidup  ialah seseorang yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantu. Firman Allah swt: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. (Surah Taubah 9:40)”

Rasa bertuhan menyebabkan seseorang itu mampu menghadapi ujian yang paling kritikal dalam kehidupan. Doa adalah senjata, manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.  Firman Allah swt: “Dan pintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat. (Surah al-Baqarah 2: 45)”

Dalam apa jua keadaan  – positif mahupun negatif, hati tetap tenang.  Firman Allah swt:  “Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam  hati  orang  yang  beriman, supaya  keimanan mereka makin bertambah daripada  keimanan yang telah ada.  Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah al-Fath 48:4)”

Apabila hati tenang, berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui  sabda baginda dari Sa’ad bin Abi Waqqas: “Aku hairan dengan orang beriman, sekiranya dia mendapat kebaikan, maka dia akan memuji Allah  dan  bersyukur,  dan  sekiranya dia mendapat musibah dia akan memuji Allah  dan  bersabar.  Dan  setiap  mukmin diganjari dalam setiap urusannya sehinggalah  diberi  pahala  pada setiap suapan makan yang diangkat ke mulut isterinya.”

Memahami maksud takdir Allah

Mana mungkin kita dapat mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We cannot direct the wind but we can adjust our sail  –  kita  tidak  mampu  mengawal  arah  tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi  dalam  kehidupan  kita  ialah hati. Hati yang bersifat berbolak-balik (terutamanya  apabila diuji) hanya akan tenang apabila kita meyakini  sifat kasih sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya tetap bersama kita  sewaktu  diuji. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah  bermaksud  baik  sekalipun  kelihatan buruk. Walaupun kekadang kita belum nampak kebaikannya, percayalah kebaikannya pasti ada.

Tidak salah untuk  kita  menyelesaikan  masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut  untuk  berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan,  bersangka  baiklah  kepada  Allah,  berdasarkan  firman-Nya: “Boleh  jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi  kamu  suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al Baqarah 2: 216)”  

Bersangka baik dengan Allah adalah cara untuk kita mendapat  pahala  sabar. Begitu juga kalau ditakdirkan kita kesempitan belanja,  maka  berusahalah untuk menambah pendapatan, kerana itulah maksud Allah  mentakdirkan  begitu.   Ya,  dalam  apa  jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Dengan ini kita tidak akan merungut, stress dan tertekan. Hayatilah kata-kata yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, ingatlah  bahawa  Allah-lah  yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Peliharalah kehidupan  kita dengan sebaik-baiknya.  Jika badai melanda, ingatlah itu sudah termaktub  (tertulis).  Jangan  rosakkan hati kita dengan kalimah “kalau” atau “jika”.  Hayati  sabda  Rasulullah  SAW :  “Oleh  itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh  berusaha  memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta  pertolongan  kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau  berkata: “Kalau aku lakukan sekian-sekian, tentulah akan terjadi sekian-sekian", tetapi  katakanlah:  “Allah  telah  takdirkan dan  apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya, Dia lakukan,’  oleh kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.” (Hadis riwayat Muslim)

Mendapat hikmah apabila diuji

Hikmah adalah suatu kebijaksanaan mendapat kebaikan di sebalik satu keburukan.  Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian.  Hikmah  hanya dapat ditempa oleh mehnah – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.  Daripada Abd al-Rahman bin Azhar bahawa Rasulullah  SAW  bersabda:  “Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa sakit atau  demam, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja.”

Jika  tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur,  reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujianlah seseorang itu dapat meraih sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah.  

Pendek kata, bagi seseorang yang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Justeru, hayatilah  kata-kata hikmah ini: “Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam  kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”

Inilah empat rasa  yang  sewajarnya ada ketika kita berzikir sewaktu mengharungi ujian dan kesempitan dalam kehidupan. Bawalah hati kita berehat .......dan rehat sebenar ada di dalam zikir. Dan zikir yang paling besar adalah solat.  Oleh  kerana itulah Rasulullah SAW sering menyuruh Bilal supaya azan dengan katanya yang membujuk, “rehatkan kami dengan solat wahai Bilal!”

*************^^^^^^^^^^^***************

Mudah-mudahan kita dapat membujuk dan merehatkan hati dan menjadikan diri kita terbaik disisiNya.  InsyaAllah.