Friday, July 6, 2012

Another day in this life...

Syukur alhamdulillah for another day of our life.  And I felt so blessed sebab diberi peluang bangun awal-awal pagi tadi tanpa my usual 5 minutes, 5 minutes.  5 minutes yang selalunya terlajak sakan.  Syukur alhamdulillah.  Lagipun, adik punya alarm bunyi macam  nak pecah gegendang telinga.  Tak sempat nak lullaby, lullaby lagi dah.  Tiba2 aku rasa sungguh bermotivasi.  Ya, walaupun aku tak ada sumber inspirasi, tapi aku berjaya meng-inspire-kan diri aku sendiri.  

And, today aku tertinggal my phone dalam kereta.  Phone tertinggal dari semalam sebenarnya - malas nak keluar ambik bila aku realize.  Dok ingat pagi tadi nak ambik, still lupa.  Yang lecehnya, banyak info dalam tu yang aku perlukan today in order to clear some work.  Haishhh... 

Had a good company for dinner last night.  Best sangat-sangat.  Thank you to "all" my children.  Mummy sayang you "all".  Yessss... ada orang akan kata otherwise!  Kakak, adik - my words before we went to sleep last night - I meant all of it ok, jangan lupa.  Walaupun the words was put as jokes between us, especially the Fatso part - I meant it.  And kakak, I need the pictures for the poem I mentioned earlier, nak bagi dramatic sikit.

In between work - got to go.  Tak baik...

"Life is not a problem to be solved - it is a gift to be enjoyed"

Cinta Allah...cinta Utama



Cinta bukan
melemahkan hati,
bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis sedu sedan.
Tetapi cinta menghidupkan penghargaan,
menguatkan hati dalam perjuangan,
menempuh onak dan duri penghidupan.
~Hamka~

Thursday, July 5, 2012

Thursday...

Assalamualaikum wbt.  Syukur alhamdulillah for another day of our life.  Kepada yang berpuasa sunat - diucapkan selamat berpuasa dan mudah-mudahan diberikan segala keberkatan pada kita hari ini.  Aku, kakak and adik sama-sama berniat posa dan alhamdulillah I felt a little bit better today.  Sejuk aircond office may not help much tapi kena lawan la.  Lagipun afternoon nanti aku kena attend some IT class.  Dah confirm participation dah semalam.  

Started this morning a little bit kelam kabut.  Seperti biasa, alarm bunyi 3.30 am, masih ada hati nak tidor balik.  Bermimpi indah bagai, terjaga pukul 5.  Hah, apa lagi, secepat kilat lah bangun buat apa yang sempat.  Alhamdulillah, sempat soq, sempat solat, recite Yasin.   Selepas solat subuh, bermula another set of routines.  

Aku sampai office 7.40 dan aku masih orang terawal sampai.      Tak dak siapa pun lawan aku sebenarnya, aku saja yang rasa hebat dapat masuk office awal.  Agaknya mentaliti orang dulu2 kot.  Gen Y sekarang dah lain.  Clock in, keluar pi breakfast bagai, then baru lenggang lenggok masuk office balik.  Betul la kot cara gen Y nih.  Lagipun for as long as you completed 8 hours in the office, kira ok dah tu.  I completed no less than 12 hours a day.  Kira working hours of 8 hours per day memang tak applicable in my nature of work.  Tu yang kadang-kadang a little bit upset when not being appreciated.  Dah, dah, enough.... 


Back home semua ok.  Tak de yang angau for now.  Kakak got her results today.  Alhamdulillah - congrats my dear. Always aim for the best. You can do it, insyaAllah.    Adik macam biasa kot.  Aku demam dua tiga malam ni, tak de lah nak sembang-sembang sangat.  I see that everything is calm.....for now.   Young ones in love macam tu la kot.  My hope is that they all know what they are doing and what they should be aiming for.  My doa will always be for my children - berjaya dan bahagia dunia dan akhirat. 



Aku dapat chocolate hari ni.   Hah...thank you, thank you.  Posa pulak tu.  


Dah, aku nak pi sambung kerja.  Enjoy the rest of the day....


"The thing that counts most in the pursuit of happiness is choosing the right companion."




Wednesday, July 4, 2012

Today.....

Woke up with pains all over.  Memang aku demam. Did the normal routines - mana yang sempat saja sebab dah lewat.  Aku jarang demam, kalau kena memang akan berlarutan berhari-hari.  Last night adik offered to massage.  So sweet of her.  Tapi aku tak nak lah.  Dia pun nak bangun awal.    Kesian kat dia.  Aku jarang menyusahkan anak-anak selagi aku boleh tahan, insyaAllah.  Sakit ni pun dari Allah - syukur alhamdulillah.  Ni semua peringatan yang kehidupan ni pun dah hampir ke penghujung. 

Adik sekolah hari ni.  So our routine macam biasa.  Solat subuh, kejut en. hubby, getting ready, check Fatso's food and litter box, ambik breakfast, kemas sikit dalam rumah apa2 yang patut.  By 6.40 latest kena keluar, takut adik lambat.  For the record, Fatso keluar rumah tiap2 malam and balik pagi bila kami bangun, so daytime dia akan ada dalam rumah sehingga kami balik.  Kami pun dah tak kisah. Malam2 sapa nak curi dia! 

In the office at 7.30.  Did semua kerja-kerja yang aku biasa buat - then masuk bilik solat.  Aku tertidur kejap lepas tu.  Weird dreams but it was so real!  Those people in my dreams were real.  Aku paksa diri bangun - istighfar banyak-banyak, then by 8.10 am aku dah start work.  Bermulalah routines yang sama.  Big boss travelling to China esok for a week.  Nak kata boleh rest sikit, tak juga.  I have another boss to report to on other areas of work.  Demam-demam ni tak payah lah complain banyak-banyak pasal kerja lah.  Nanti jadi demoralised pulak.  Tadi met my friend kat pantry, we were talking about the same thing.  Tipu kata kami tak kisah - sedikit sebanyak terasa jugak.  Work load, work expectation, time spent - rasanya tak berbaloi.  Terkilan jugak bila all these sacrifices not being appreciated.  It is as good as telling us - you are lucky you have a job.  Mengenangkan semua ni dah amanah Allah, pujuk hati lah jugak.  Tak pa lah, RN, kita anggap setakat ni rezeki kita  yang Allah dah bagi.  Cakap banyak-banyak pun bukan ada orang nak dengar.  Lebih baik kita mengadu pada Allah.  Ok, rasa sejuk sikit ... walaupun masih demam! 

Bila demam aku rasa pelik sebab aku jadi emotional.  Rasa macam tak disayangi.  Pelik, pelik...kalau aku cakap macam ni kat en. hubby mesti panjang leteran dia.  Pagi tadi dia dah kata, kalau badan tak sihat pi la klinik.  Haishh...aku ni pun satu, betul la, kalau tak sihat pi klinik, bukan dok mengadu sana sini.   Dah, dah... pi buat kerja - jangan jadi emotional.  Jangan ikut rasa, sakit ni kena lawan.  Kalau ikut rasa, binasa....

Yea...cepat masa berlalu.  Setengah minggu dah pun.  Hopefully by weekend, demam aku dah ok and my energy come back walaupun half of it.  

P/S  Irfan, if you are reading this, congratulations for today's score!  Play to your best tomorrow and keep your focus.  You have the 'best' support and a 'wonderful' supporter.  


"Each day is a new canvas to paint upon.   Make sure your picture is full of life and happiness, and at the end of the day you don't look at it and wish you had painted something different."

Tuesday, July 3, 2012

No longer a superwoman....

Woke up this morning 4.30 am with a splitting headache.  I guess I am going to get a fever soon.  And badan terasa letih, seletih-letihnya.  Kejut adik, then aku terus pergi mandi.  Selepas bertahajjud, beransur hilang sikit sakit tu tapi masih terasa begitu letih.  Ikut hati mau rasanya aku tidor balik, tapi takut sakit kepala tu mai lagi.  Anyway, dalam dok berperang sama ada nak tidor balik ke tidak, dah pun masuk subuh.  Lepas subuh kejut en. hubby, then bersiap untuk ke office.  The same routines.  Ya Allah, mana hilang semua tenaga aku ni...... The superwoman in me is fast diminishing...scarrryyy...

Sampai office dah almost 8 am.  I slept all the way to office.  Cuma dengar en. hubby kejut bila dah sampai area KLCC.  Tak pernah aku buat macam tu.  The headache came back bila aku bangun.  Gagahkan jugak masuk office sebab ingat kerja yang banyak.  Kerja kat rumah ke, kat office ke, semua tu amanah Allah.  Kena laksanakan amanah Allah dengan sebaik-baiknya.  So, aku dengan rasa syahdunya melangkah masuk office.  Mak datuk!!! sejuknya.  Aircond office selalunya aku boleh tahan, hari ni tak boleh tahan la pulak.  Ok lah, tu maknanya aku memang demam.  Panjang mukkadimah, nak habag kata demam je hari ni.


best bau dia....
Nasib baik dalam beg aku ada minyak angin aromatherapy.  Bau dia best, tak macam bau minyak cap kapak.  So dah sehari suntuk aku dok hidu minyak ni.  Tadi selesai ambik wuduk untuk solat zohor, aku telah sapu seluruh leher aku.  Walla.... best nya the feeling.  Tapi aku masih demam pun, cuma sakit kepala aku dah hilang.  Syukur alhamdulillah.  
senyum la sebab dapat dok rumah......

Adik tak pi sekolah hari ni.  Aku ok-kan je bila dia minta permission sebab dia kata nak study kat rumah.  Trials next month, so dia kena lah up-kan her efforts.  Adik, do your best, doa banyak-banyaknya, selebihnya serah pada Allah.  Dah ada sumber inspirasi ni, ok kot.  Awat tak ok pulak - bangun tidor, nak study, nak makan, nak tidor - semua kena dengar suara dulu.  Haishhh... hebat sungguh sumber inspirasi dia!  Last night was an unplanned one.  Adik happy dapat wish him 'good luck' for his golf tournament 'in-person'.  See adik, the little, little things and moments in life that you should treasure and you'll treasure it more if it comes in surprises.... Betul tak Irfan?

Dah, dah...demam buat cara demam... Sejuk menggigil nih.  Aku nak pi buat milo panas.  Teringin nak makan roti naan mumtaz kat Mosin.  Tapi adik tuition malam ni until 10.15.  Tengok lah macam mana, that's too late already.  

Yea...secepat-cepatnya masa berlalu. Moga dipermudahkan. 

"The mind may not remember the exact happenings, but the heart will always remember the feelings"



Monday, July 2, 2012

Mixed feelings....

Things were a little bit out of place this morning.  Woke up late  - 5-ish.  It was very late for me.  Aku nak makan soq, and kena kejut kakak also sebab dia pun nak puasa.  I told adik tak payah puasa today sebab she was not well last night.  Aku bagi dia medicine for throat, and sapu balm panas kat leher and belakang before dia tidor.   Bangkit lambat ni semua gara-gara bola awal pagi tadi.  Bukan aku tengok, tapi en. hubby yang plan nak tengok.  So with the TV and lights on, aku terjaga banyak kali.  Asal orang jerit kat TV aku terjaga.  Sampai pening kepala.  Anyway, alhamdulillah sempat soq (minum saja) and ambik supplement.  Just had enough time for witir before subuh.  Bangun tadi adik nampak dah ok healthwise.  Heart-wise tak tau. Kita tengok esok lusa... We had a deal and syukur alhamdulillah, so far she holds on to the deal. Sejuk hati bila tengok dia tetap akan bangun awal-awal pagi melakukan segala amalan sunat walau penat macam mana pun.  Selalu aku ingatkan dia - segala-gala dalam tangan Allah, the obsolute.  Bukan kita yang tentukan.  Minta yang terbaik, insyaAllah kita dapat yang terbaik kalau kita selalu ingat padaNya.  Adik, I am always here for you.  Love you both and my prayers for you always.  Thank you for this marissayasmine.blogspot.com/2012/07/goodbye-is-the-hardest-of-them-all.html.  Sangatlah sweet and touching....

packing for her outstation trip
Today aku memang rasa letih semacam, sangat-sangat letih.  A full weekend.  But I am glad I made my loved ones happy.  

Nothing much happening today.  Finishing all outstanding tasks.  Kakak is away travelling to Kerteh, so tonight it's just us.  No wonder aku rasa sunyi and sedih semacam - the incomplete feelings.  Haishhh.. dia balik esok la.  Actually I am not emotional because of that.  It's just I do feel sad today.  Dari pagi tadi sebenarnya.  Maybe sebab aku terlewat bangun pagi tadi kot.  

Wish all a good week ahead.  


"Take pictures, steal time, leave footprints"

Sunday, July 1, 2012

Aku ingin pulang .....

Saat aku sendiri ...
Rindu menerjah lakaran kehidupan
Rindu meronta di ruang kalbu
Puas sudah ku usir rasa ini
Rindu tetap bertamu di hati
Rindu ...
Pada kampong halamanku
Pada dingin subuh yang damai
Pada sawah padi luas terbentang
Ingin sekali ku kembali
Menyapa hijau permai tanahku 

Rindu masa lalu
Sewaktu kecilku
Sewaktu tidak ku kenal erti keperitan
Sewaktu tawa riang mengisi ruang
Sewaktu esak tangis hanya pada ayah bonda
Sewaktu yang ada hanyalah kehidupan

Rindu ini ...
Seringkali mengajak ku pulang
Menjejaki kenangan lalu
Mengimbau memori lampau
Walau hidup serba kepayahan
Walau tidak sehebat mana kenangan itu
Tidak se-gah mana memori itu
Semuanya indah terlakar di kanvas rasa

Perjalanan kembara ini 
Demi menjahit rezeki di kotaraya
Sudah tiba sejauh ini
Perjalanan yang sudah pasti akan titik noktahnya
Hanya waktu setia menanti


Damansara Damai
1 Julai 2012